Baju Melayu Teluk Belanga Sedondon 2025
Pilihan Ideal untuk Sedondon dan Baju Raya
Ketika penulis berborak dengan seorang warga asing dari Eropah, beliau menyatakan rasa hairan mengapa kebanyakan Baju Melayu di Malaysia diperbuat daripada fabrik satin polyester.
Di negara tropika yang panas seperti Malaysia, fabrik ini dirasakan kurang sesuai kerana ia tidak serap peluh dan agak panas.Namun, ada sebab mengapa fabrik ini menjadi pilihan utama:
-
Kos Fabrik yang Mampu Milik
Fabrik satin polyester lebih murah berbanding fabrik kapas (cotton), menjadikannya pilihan popular bagi kebanyakan pengguna. -
Kesan Berkilat yang Nampak Mewah
Fabrik polyester memberikan penampilan yang lebih mewah dengan pilihan warna yang pelbagai sehingga lebih 100 tona warna. -
Persepsi Sejuk Ketika Membeli
Dalam kedai berhawa dingin, fabrik satin polyester terasa sejuk, tetapi pengalaman berbeza apabila dipakai dikawasan yang tidak berhawa dingin.
Komitmen Kami terhadap Fabrik Cotton
Di CGO Cotton, hampir kesemua koleksi busana kami, termasuk Baju Melayu Teluk Belanga dewasa & kanak-kanak, menggunakan campuran fabrik cotton yang lebih selesa dan sesuai untuk cuaca Malaysia.
Kami percaya bahawa campuran fabrik cotton adalah pilihan terbaik untuk busana harian mahupun pakaian istimewa seperti Baju Raya.
Mengapa Kami Memilih Cotton?
-
Keselesaan Maksimum
Cotton menawarkan pengaliran udara yang baik, serap peluh, dan tidak panas, menjadikannya pilihan ideal untuk pakaian di iklim tropika. -
Ketahanan dan Kualiti Tinggi
Fabrik cotton tahan lama dan mudah dijaga serta tidak mudah tercarik jika digunakan dengan samping , sesuai untuk mereka yang mahu pakaian berkualiti tanpa mengabaikan nilai estetika. -
Teknologi Fabrik Terkini
Kami menggunakan teknologi Hybrita Cotton Japan, dicampur dengan fabrik rayon lantas menjadikan ia sangat selesa, tidak panas, dan paling penting, tidak mudah kedut.
Rekaan Baju Melayu Teluk Belanga yang Eksklusif
Fokus utama kami adalah memastikan pakaian ini bukan hanya dipakai sekali sahaja pada pagi raya, tetapi juga boleh digunakan untuk pelbagai acara lain.
Keselesaan Baju Melayu Teluk Belanga yang mengunakan kolar bulat seperti "Round Neck T-shirt" memastikan pemakai kekal selesa sepanjang hari.
Berbanding Baju Melayu Cekak Musang yang mempunyai kolar. Tidak semua bentuk leher lelaki di Malaysia selesa apabila dikenakan Baju Melayu Cekak Musang.
Gabungan Tradisional dan Moden
Rekaan Baju Melayu Teluk Belanga kami mengekalkan elemen klasik dengan sentuhan moden dan minimalis.
-
Reka Bentuk Fleksibel
- Boleh Dipakai Sebagai Kurta: Rekaan ini boleh digayakan dengan seluar jeans, slack, atau kain pelikat, menjadikannya pilihan serba guna.
- Tiada Pesak Tradisional: Direka untuk memberikan penampilan yang lebih kasual dan sesuai dipakai secara berasingan daripada seluar.
-
Potongan Seluar yang Selesa
- Pinggang Getah yang Grip: Seluar kekal selesa walaupun selepas menikmati juadah raya berturut-turut.
- Potongan Moden : Sesuai untuk semua saiz tanpa mengabaikan trend semasa.
Warna Sedondon untuk Seluruh Keluarga
Kami memahami betapa pentingnya busana sedondon untuk menonjolkan kesatuan keluarga pada hari istimewa seperti Hari Raya. Oleh itu, koleksi kami menawarkan Baju Melayu Teluk Belanga dewasa & kanak-kanak, serta kurung yang boleh dipadankan dengan tona warna yang sama.
-
Pelbagai Pilihan Warna
Koleksi kami menyediakan lebih 20 warna yang terkini yang sesuai untuk lelaki, wanita, dan kanak-kanak. - Set Sedondon untuk Keluarga
- Kurta untuk Ayah dan Anak
- Baju Melayu Teluk Belanga untuk Dewasa dan Kanak-Kanak
- Baju Kurung Sedondon untuk Ibu dan Anak Perempuan
Koleksi Baju Melayu Teluk Belanga Dewasa 2025
Koleksi Baju Melayu Teluk Belanga untuk tahun 2025 menawarkan saiz bermula S hingga 4XL
Koleksi Kanak-Kanak
Manakala untuk Baju Melayu Teluk Belanga untuk kanak-kanak lelaki, bermula dari umur 2 hingga 12 tahun.
Kelebihan Baju Melayu CGO Cotton
-
Sesuai untuk Semua Bentuk Badan
Koleksi kami direka berdasarkan pola saiz rakyat Malaysia, memastikan keselesaan maksimum dari saiz S hingga 4XL. -
Mampu Milik dan Berkualiti Tinggi
Harga yang berpatutan tanpa mengabaikan kualiti menjadikan koleksi kami pilihan utama pelanggan. -
Klasik dan Moden dalam Satu Rekaan
Rekaan kami menampilkan keseimbangan sempurna antara tradisi dan trend moden.
Inovasi Butang Baju Melayu Teluk Belanga Magnetik yang Pertama di Malaysia.
Untuk keluaran terkini tahun 2025, kami menawarkan inovasi yang pertama di Malaysia yang memudahkan setiap penguna memakai Baju Melayu Teluk Belanga kami.
Tidak perlu risau untuk kesusahan untuk pakai butang atau kehilangan butang baju melayu. Setiap baju melayu teluk belanga kami keluaran 2025 mengunakan butang magnetik yang siap dipasang.
Butik CGO Cotton di Buka Setiap Hari
Kami menjemput anda untuk melihat sendiri koleksi Baju Melayu Teluk Belanga dewasa & kanak-kanak kami di butik CGO Cotton , Plaza Shah Alam, Seksyen 9. Anda boleh mencuba sendiri keselesaan dan keunikan koleksi kami, yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Samping: Elemen Wajib atau Pilihan?
- Tradisional: Samping adalah elemen wajib apabila mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga, terutama untuk acara rasmi seperti majlis perkahwinan, kenduri, atau Hari Raya.
-
Posisi Pemakaian:
- Samping biasanya dipakai di atas baju untuk menyerlahkan keindahan corak kain samping, terutama jika samping songket digunakan.
- Bagi gaya lebih kasual, samping boleh dipakai di dalam baju jika baju Melayu dipakai secara tuck out (keluar).
- Walaupun begitu, kebiasaanya apabila mengenakan baju melayu teluk belanga , samping dipakai didalam baju.
- Pilihan Gaya Moden: Untuk majlis kasual atau aktiviti santai, anda boleh memilih untuk tidak memakai samping. Gaya tanpa samping lebih sesuai jika anda memilih fabrik yang moden seperti linen atau cotton.
Baju Melayu Teluk Belanga yang dipakai bersama samping kain pelikat.
TIPS :
Ramai yang mengangap kain pelikat tidak sesuai untuk dijadikan samping. Tetapi tahukah anda, fabrik yang paling selesa dan mudah untuk dijadikan samping adalah kain pelikat itu sendiri.
Kelebihan memakai kain pelikat dijadikan samping adalah :
- Kain pelikat tidak kejung lebih "flowy"
- Tidak akan menyebabkan fabrik baju melayu tercarik [Terutamanya bagi penguna fabrik kain satin]
- Lebih selesa disebabkan kain pelikat diperbuat daripada kain kapas (cotton).
- Lasak berbanding samping sulam tangan atau mesin disebabkan tiada benang emas / metalic digunakan.
- Murah dan mampu milik berbanding samping buatan tangan yang sangat mahal , manakala banyak warna boleh disesuaikan mengikut citarasa.
Tuck In atau Tuck Out: Mana Lebih Sopan?
-
Tuck In (Baju Dimasukkan ke Dalam Seluar):
- Menampilkan gaya tradisional dan formal.
- Sesuai untuk majlis rasmi seperti pernikahan, majlis keagamaan, atau acara yang memerlukan kod pakaian tertentu.
- Gaya ini memberi penekanan kepada samping dan lipatan kain, mencipta siluet yang kemas dan rapi.
- Untuk badan lebih langsing, gaya ini sesuai kerana ia memberikan ilusi bentuk badan yang lebih panjang.
-
Tuck Out (Baju Tidak Dimasukkan ke Dalam Seluar):
- Gaya lebih santai dan kasual, sering digunakan untuk suasana santai seperti majlis hari keluarga atau aktiviti di rumah.
- Tidak memakai samping ketika tuck out juga memberikan rupa yang lebih moden dan praktikal.
- Sesuai jika potongan baju agak longgar kerana ia memberikan keselesaan tanpa mengorbankan gaya.
Pilihan Baju Melayu Teluk Belanga bukan sahaja tentang gaya, tetapi juga keselesaan, kualiti, dan keserasian. Dengan rekaan yang menonjolkan keindahan klasik dan sentuhan moden, CGO Cotton memastikan setiap ahli keluarga dapat bergaya sedondon pada Hari Raya. Jadi, jangan tunggu lagi—dapatkan koleksi terbaik kami untuk menjadikan sambutan raya anda lebih bermakna.
>> KLIK SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI BAJU MELAYU TELUK BELANGA MAGENETIK 2025
>> KLIK SINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI BAJU MELAYU TELUK BELANGA MAGENETIK 2025
==========================
Penulis pernah berborak dengan seorang warga asing dari eropah yang menyatakan beliau agak hairan kenapa kebanyakan Baju Melayu di Malaysia yang mengunakan fabric satin polyester untuk menjadikan baju melayu.
Walhal di Malaysia menngalami cuaca panas beriklim tropika sepanjang tahun , dimana hampir 90% Baju Melayu di pasaran Malaysia mengunakan fabric polyester / satin yang sebenarnya agak panas dan tidak serap peluh.
Setelah berfikir beberapa ketika jawapan penulis ada tiga kepada warga asing tersebut :
- Pada waktu dahulu , Fabrik satin polyester merupakan fabric mampu milik berbanding dengan fabric cotton mempunyai tanda harga lebih premium.
- Pilihan warna fabric polyester kerana ianya berkilat (nampak mewah) dan mempunyai banyak pilihan hingga 100 warna berbeza.
- Pembeli confuse bila beli dalam kedai yang berhawa dingin , fabric satin polyester berasa sejuk walhal tidak apabila di cuaca panas di luar.
Saya mengangap bahawa warga asing tersebut faham dengan penjelasan saya mengenai kenapa baju melayu di pasaran di Malaysia mengunakan fabrik satin polyester berbanding cotton.
Di Cirgaro Apparel pula nak cerita hampir 70% keluaran busana kami baik untuk fesyen lelaki atau wanita dan kanak-kanak mengunakan fabrik cotton berbanding non cotton fabric.
Ya kami merupakan peminat fabric cotton dan merasakan melalui pengalaman kami , fabric yang diperbuat daripada kapas ini merupakan fabric terulung untuk dibuat busana tidak kira untuk busana harian atau hari istermewa – Hari Raya Aidilfitri.
Kami mengambil masa 3 tahun dari tarikh penubuhan brand cirgaro apparel untuk mengeluarkan Baju Melayu pertama kami. Kenapa lambat ? ada beberapa perkara yang kami ambil berat iaitu :
- benda paling concern kami adalah kami tidak mahu baju melayu ini hanya dipakai sekali sahaja (berdasarkan pengalaman sendiri) , lepas pakai first day raya terus terperuk di dalam almari wardrobe anda. Design kami di Cirgaro Apparel banyak mengabungkan design tradisional dan moden (baca disini untuk mengetahu kisah lanjut mengenai baju melayu vs kurta).
- Oleh kerana demikian , Baju Melayu Moden Cirgaro direka khas supaya boleh dipakai berasingan daripada seluar (tiada pesak).
- Terdapat rekaan design eksklusif tanpa mengunakan butang boleh tanggal supaya kos pemilikan kami mampu milik.
- Rekaan design Baju Melayu ini tampil dengan imej klasik tetapi ada unsur minimalis - moden.
- Potongan seluar yang selesa tanpa mengabaikan trending terkini. Ada jenama fesyen yang lain mengeluarkan seluar ikut trend tapi hasilnya cawat terlalu singkat , dan orang yang berisi sedikit lansung tidak boleh memakai seluar baju melayu tersebut.
Walaupun anda boleh berkata , alahai apa la susah sangat follow je la fesyen baju melayu cekak musang atau teluk belanga. Kami tetap mengetengahkan rekaan kami tanpa lari jauh daripada imej asal baju melayu.
Citarasa klasik menjadi tema penting pada setiap tahun. Kami menampilkan rekaan busana busana baju melayu kami yang menzahirkan rekaan baju melayu klasik moden.
Walaupun tema klasik menjadi tema penting untuk baju melayu klasik ini , kami tetap gatal tangan dalam memberikan sedikit sentuhan moden minimalis.
Rekaan baju melayu kami direka sejak dari awal lagi boleh dipakai sebagai kurta dan boleh digayakan dengan seluar jeans , seluar slack hatta kain pelikat.
Potongan “cutting” seluar pula merupakan potongan selesa tanpa mengabaikan citarasa moden yang kecil dibahagian lutut hingga ke kaki seluar.
Dibahagian pinggang seluar pula kami mengunakan getah seluar yang “grip” dan juga memastikan seluar kekal selesa walaupun perut sudah penuh !!
Koleksi kurta dan baju melayu kami - "A Truly Ready to Wear” omputih kata. pola sizing telah mengambil kira bentuk badan orang Malaysia. Seolah-olah ditempah khas untuk bentuk badan anda.
Kesemua busana Cirgaro Apparel mengunakan fabric teknollgi terkini kami – Hybrita Cotton Japan yang sangat comfly , tidak panas dan paling penting tidak mudah kedut.
>> Klik sini untuk mengetahui apa lagi yang menarik mengenai baju melayu & kurta kami.
Oh ya .. hampir separuh koleksi kurta dan baju melayu teluk belanga / cekak musang yang dikeluarkan oleh Cirgaro Apparel mempunyai warna yang sedondon dengan koleksi wanita dan kurta kanak-kanak kami.
“Bukankah berdua lebih baik daripada sendiri ?”
Tidak cukup dengan itu, untuk mereka yang mempunyai anak-anak , kami turut menawarkan kurta kanak-kanak lelaki (bercorak printed dan tiada corak - plain) bermula dengan umur 2 tahun hingga ke 12 tahun.
Kami menjemput anda untuk datang ke butik kami di tingkat 1 Plaza Shah Alam seksyen 9 untuk merasa dan melihat sendiri koleksi Baju Melayu dan Kurta kami.
1 comment
baju melayu yang cantik
http://farikhresources.com/
muhammad izzat
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.