Skip to content

Cart

Your cart is empty

About Us

Kedai Kurta Lelaki Shah Alam

Butik Lama CGO Cotton sebelum diubahsuai dan ditambah baik pada 2017

Butik CGO Cotton selepas proses ubahsuai dan ditambah baik pada Januari 2024 

CGO Cotton, dahulunya dikenali sebagai Cirgaro Apparel, ditubuhkan pada tahun 2015 dan mula memasarkan produk busana sendiri pada awal tahun 2016. CGO Cotton adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputra Islam, yang merupakan anak jati Shah Alam.

Sejak tahun 2016 lagi , semua rekaan dan pengeluaran busana CGO Cotton telah dibangunkan secara "in-house" oleh pasukan kami yang berdedikasi.

Tidak terhad kepada pasaran di Malaysia, CGO Cotton telah mendapat sambutan daripada ribuan penggemar fesyen di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, dan Australia. 

Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri modest fashion, kami sentiasa menimba ilmu untuk meningkatkan proses jahitan dan rekaan busana kami.

Kami berpegang pada prinsip untuk mengutamakan ciri-ciri budaya tempatan dalam setiap rekaan, memastikan keselesaan maksimum kepada pengguna, dan mengekalkan kualiti jahitan serta ketahanan produk.

Dalam usaha kami untuk menyediakan busana berkualiti, kami menjalin kerjasama yang erat dengan pembekal dan pengilang dari Malaysia, China, dan Indonesia. Ini membolehkan kami menghasilkan produk yang bukan sahaja berkualiti tinggi tetapi juga sesuai dengan keperluan rakyat Malaysia, dengan harga yang berpatutan.

Bagi mencapai tujuan ini, kami menggunakan pelbagai jenis fabrik, termasuk kapas (cotton), buluh, dan linen, yang digabungkan dengan material moden seperti polyester, rayon, dan nylon. Pendekatan ini membolehkan kami menawarkan busana yang selesa, tahan lama, dan mengikut trend semasa.

CGO Cotton kini memainkan peranan yang penting dalam industri "modest fashion" di Malaysia. Kami komited dengan R&D berterusan untuk menghasilkan produk yang bukan hanya "claim kosong berkualiti dan trending" tetapi berusaha menjadi jenama pilihan dalam kalangan penggemar modest fashion di Malaysia.

Kami berusaha untuk terus menghasilkan rekaan baju yang menepati citarasa pelanggan, kerana tiada guna mencipta sesuatu tanpa mengambil kira keperluan anda sebagai pengguna.

Terkini, kami menawarkan pelbagai busana dan pakaian seperti kurta lelaki dewasa & kanak-kanak, baju kurung dewasa & kanak-kanak, jubah lelaki dan wanita, seluar, kain pelikat, sampin, songkok, tudung, serta baju melayu teluk belanga dan cekak musang. Terdapat lebih daripada 200 warna yang ditawarkan, dengan saiz bermula dari kanak-kanak (2 tahun) hingga dewasa (4XL).

Harapan kami adalah untuk terus menghasilkan produk pakaian CGO Cotton yang memenuhi citarasa pengguna dan terus mendapat sambutan hangat daripada semua pengguna dan penggemar fesyen di Malaysia, Singapura, dan Brunei.

Terima kasih di atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong industri modest fashion tempatan!

Team CGO Cotton

Butik Baju Kurung Shah Alam

Butik kedua Cirgaro Apparel di Tingkat 2 Plaza Shah Alam. 

>> Klik sini untuk melihat lokasi Butik kami di Plaza Shah Alam. (Google Map).