Baju Melayu Teluk Belanga Mark II - Ash Blue (Men)
Baju Melayu Teluk Belanga Cotton Ash Blue –
Pilihan Sempurna untuk Hari Raya, Majlis-majlis serta Kenduri
Fabrik Premium untuk Keselesaan Maksimum
Bayangkan diri anda melangkah penuh bergaya
menuju masjid pada pagi Hari Raya
atau di majlis kenduri menyambut tetamu atau sebagai tetamu.
Direka menggunakan fabrik Mixed Cotton yang berat (300gsm) namun tidak panas,
menghasilkan flowy effect dan segak terletak.
Kain yang 'jatuh elok' lah orang kita kata.
Baju Melayu Teluk Belanga ini memberikan keselesaan optimum sepanjang hari.
Fabrik ini juga tidak berkilat,
menyerlahkan lagi imej maskulin anda.
Tidak seperti kain licin berkilat,
kain ini memang tahan dari menjadi berbulu.
Rekaan Moden Tanpa Kompromi Tradisi dan Keselesaan
Potongan smart fit, bukan slim fit
yang tidak terlalu ketat atau terlalu gelebeh
memastikan pemakaian tampak kemas dan bergaya,
sesuai untuk semua bentuk badan.
Memang ramai bapa-bapa yang
telah 'approved' potongan ini.
Realistik dan praktikal kata mereka.
Rekaan tanpa pesak dan kekek memberikan
penampilan moden yang minimalis,
namun masih mengekalkan elemen tradisional.
Inovasi Butang Magnetik
Tiada lagi drama butang tercabut!
Teknologi ini memudahkan anda bersiap dengan pantas –
kerana Hari Raya bukan masa untuk bertangguh atau sebarang drama.
Sempurna untuk Hari Raya dan Majlis Istimewa
Baju Melayu ini adalah pilihan ideal untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh gaya, menghadiri kenduri kahwin, atau majlis-majlis rasmi. Rekaan yang ringkas tetapi elegan memudahkan anda tampil menarik tanpa berlebihan.
Pilihan Sedondon untuk Seisi Keluarga
Kami juga menawarkan koleksi sedondon untuk satu keluarga.
Kini anda boleh bergaya bersama pasangan dan anak-anak
dalam rona warna yang harmoni,
menjadikan momen Hari Raya lebih bermakna dan indah dalam gambar keluarga.
Seluar adalah standard, mempunyai getah pinggan di belakang
serta dilengkapi dua kocek sisi.
Ukuran XS ⟼ 3XL :
Scroll untuk lihat semua ukuran ☛
Baju | XS | S | M | L | XL | 2XL | 3XL |
A. Bahu | 15.5" | 16" | 17" | 18" | 19" | 20" | 21" |
B. Dada (ukur lilit) | 36" | 38" | 42" | 44" | 48" | 50" | 54" |
C. Panjang lengan | 23" | 23" | 24" | 24" | 24" | 24" | 24" |
D. Labuh Baju | 28" | 29" | 30" | 31" | 32" | 32" | 33" |
Seluar | |||||||
E. Pinggan (lilitan) | 26"-30" | 28"-32" | 32"-36" | 36"-40" | 40"-44" | 44"-48" | 48"-52" |
F. Pinggul | 38" | 40" | 44" | 46" | 48" | 52" | 56" |
G. Labuh seluar | 38" | 40" | 40" | 41" | 41" | 42" | 42" |
Scroll untuk lihat semua ukuran ☛
Choose options