Skip to content

Cart

Your cart is empty

Our Boutique

Butik CGO Cotton di Tingkat 1 dan 2 , Plaza Shah Alam, dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum.

Butik CGO Cotton Level 1 kini berwajah baru , lebih besar dan selesa. 

Butik CGO Cotton (dahulunya dikenali sebagai Cirgaro Apparel) akan dibuka semula secara rasmi pada 28 Februari 2024. Pembesaran dan penambahbaikan butik ini dilakukan untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa kepada pelanggan.

Antara produk baru yang ditawarkan termasuklah kurta, baju melayu, songkok dewasa dan kanak-kanak, serta sandal kulit eksklusif dengan rekaan moden dan segar.

Butik CGO Cotton di Tingkat 1, Plaza Shah Alam, dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam, termasuk cuti umum.

Manakala, Butik CGO Cotton di Tingkat 2 beroperasi seperti biasa dan menawarkan pakaian "modest wear" untuk perempuan seperti baju kurung dan jubah untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit & debit, QR Pay, dan E-Wallet Pay.

Plaza Shah Alam yang merupakan "neighbourhood mall" no. 1 di Shah Alam, terletak strategik di Seksyen 9. Di sini, terdapat pelbagai jenama terkemuka seperti Jaya Grocer, Harvey Norman, DIY, Focus Point, Zeus Coffee, Mee Tarik Warisan, MST Golf, Kenangan Coffee, Chagee, dan banyak lagi.

Plaza Shah Alam menawarkan suasana membeli-belah yang selesa dan menyenangkan dengan semua keperluan di bawah satu bumbung.

 

How to go to Cirgaro Boutique

Suasana Plaza Shah Alam sememangnya cukup selesa, dilengkapi dengan kemudahan parking yang mencukupi, kawalan keselamatan , OKU friendly dan kemudahan lif untuk setiap tingkat.  

Pusat membeli belah ini mempunyai 4 tingkat yang berkonsepkan family shopping yang mengabungkan 4 elemen penting iaitu Fashion , Food and Baverages , Lifestyle dan Beauty dibawah satu bumbung. 

Butik Baju Kurung Moden Wanita di Plaza Shah Alam

>> Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Plaza Shah Alam di website rasmi mereka. 

Disamping itu di Plaza Shah Alam juga mempunyai menara pejabat 20 tingkat yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti Jabatan Pendaftaran Negara , Jabatan Perangkaan , dan Jabatan Pemetaan Negara (Jupem). 

Plaza Shah Alam

Plaza Shah Alam Seksyen 9 Shah Alam 

Anda dijemput datang untuk mencuba dan merasai pengalaman membeli belah di CGO Cotton. Bak kata orang "Cuba dan lihat dahulu , dah berkenan baru beli". Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman pakaian kami bersama rakan-rakan anda yang lain!

Ikuti perkembangan kami di laman rasmi Instagram , TIktok dan Facebook page rasmi CGO Cotton ™ Apparel.

Google lokasi Butik CGO Cotton disini.