Tip Pemakaian Kurta Semasa Umrah: Panduan Praktikal Untuk Beribadah Dengan Selesa
Gambar dari kiriman pelanggan Cirgaro di musim Haji yang lepas.
Setelah bulan syawal semakin dekat untuk melabuhkan tirainya. Kini telah tiba musim Haji dan Umrah bagi yang berkemampuan. Masyarakat Melayu Islam yang lain akan mula membuat persiapan untuk Ibadah Korban semasa Hari Raya Haji Aidiladha.
Sebelum kita menyentuh mengenai Hari Raya Haji Aidiladha. Penulis ingin berkongsi sedikit tips mengenai berpakaian semasa untuk mengerjakan Haji atau Umrah.
Tips-tips yang berkongsi ini merupakan pengalaman penulis sendiri dalam mengerjakan umrah sebanyak dua kali dan paling latest pada tahun lepas 2016.
Nak kata tips-tips ini merupakan tips ultimatum takde la. Tapi ianya lebih kepada perkongsian , kalau rasa betul boleh la apply kalau rasa salah boleh inform saya di ruangan komen di bawah.
@cgocotton Banyak pilihan warna dan saiz sesuai untuk yang nak pergi Umrah hujung tahun ni ! Terus beg kuning ☺️👍🏻 #cgocotton #kurta #syamsuldebat #foldablesongkok #umrah #bajuumrah ♬ original sound - CGO Cotton
First thing ramai yang kalau nak pergi Haji atau Umrah first time mesti cari jubah. Bukan la nak budget-bugdet alim tapi lebih kepada feeling-feeling arab. Takkan nak masuk masjid pakai kemeja dan jeans pulak kan ? Janggal pulak rasanya.
Jubah yang dijual seperti di Cirgaro Apparel ada sedikit perbezaan dengan jubah yang anda bakal jumpa nanti di tanah arab.
KINI JUBAH MODEN YUSOF TELAH DILANCARKAN.
>> KLIK sini untuk melihat Jubah Moden Yusof
Yang berbeza paling penting adalah saiz. Agak jarang kat sana penjual pakai saiz S, M , L , XL .Penjual kat sana kebanyakanya pakai saiz Europe gitu. 38 , 40 , 42 , 44. Kalau tak silap penulis , ini merupakan saiz bahu dalam sentimeter.
Yang kedua beza adalah warna. Di tanah arab mereka mengunakan warna-warna konservatif seperti putih, hitam , coklat , dan kelabu. Nak jumpa biru gelap pun susah tau.
Yang ketiga berbeza adalah pattern. Kat sana pattern lebih banyak. Ada style oman , ada syle arab Saudi. Kalau nak tahu style Arab Saudi sama mcm jubah marhaen v1 dan v2. (Telah sold out)
Manakala Jubah Moden Yusof terbaru (yang dilancarkan pada Julai 2022) mengabungkan citarasa tempatan dan paling unik kami mengekalkan jahitan pesak pada jubah moden ini untuk menampilkan potongan yang lebih bergaya dan selesa kepada pemakai.
So kat nak pergi ke tanah suci adakah nak beli jubah siap-siap kat Malaysia ?. Sebenarnya tak salah nak beli satu jika kita takde jubah lagi. Takkan sampai2 madinah / mekah nak terus shopping kan ?
Disarankan anda standby satu dua jubah atau dari Malaysia untuk pakai hari pertama dan kedua di tanah suci. Paling penting dah telah cuba dan selesa pakai. Jangan beli-beli tapi tak cuba. Mana la tahu saiz tak ngam , susah pulak bila kat sana nanti.
Bila berkata pasal selesa, pada pendapat penulis, jubah yang selesa pakai adalah dari material cotton. Warna apa pula yang sesuai ? kalau ikut penulis apa2 warna pun boleh. Sebab kalau kita Bersama isteri atau parent. Kalau tersesat di dalam masjid senang nak detect dari jauh. Sebab kat sana orang arab memang majoriti pakai warna putih.
Selain daripada jubah apa lagi baju yang sesuai ? Sebenarnya paling sesuai adalah baju melayu atau kurta. Satu adalah kita biasanya memakainya berbanding jubah yang kita rata2 jarang pakai.
Bab gosok nie pun satu hal. Especially kita tengah travel di negara orang. Kemudahan iron mmg agak terhad kecuali rezeki anda dapat pakej anda duduk hotel yang mewah.
Sebenarnya masa di tanah suci adalah sangat terhad. Jadi most of time kita lebih masa kepada beribadat di masjid dan berehat. Bangun-bangun kita perlukan pakaian yang bersih dan cantik (tak kedut) untuk beribadat di masjid.
Bergantung kepada musim apa yang anda pergi haji / umrah. Paling sejuk hujung tahun dan semakin “tengah tahun” semakin panas.
Bercakap mengenai kurta. Saya sangat recommend Kurta Nanorism™ kurta terkini yang dikeluarkan oleh Cirgaro Apparel. Kurta nie mmg dicipta untuk mereka yang aktif dan suka travel.
Kenapa kurta nie sgt istimewa ? Sebab ianya diperbuat daripada fabrik gentian buluh yang tidak panas , mudah gosok , kurang berbau dan sangat lembut berbanding fabrik cotton.
Baca di link ini mengenai Kurta Nanorism™
Kurta Nanorism™ hadir dalam saiz S hingga 4XL , lengan panjang dan lengan
Gambar pelanggan Kurta Nanorism di tanah suci.
Gambar Customer Kurta Bangsawan 2017 di depan Kaabah.
Tambahan lagi walaupun design minimalist – soal praktikal tidak dilupakan. Terdapat poket sisi yang dalam yang sesuai untuk kita simpan barang-barang peribadi sewaktu mengerjakan haji atau umrah.
Pemakaian kurta pula versatile. Kalau di tanah suci. Kurta boleh digayakan dengan kain pelikat atau seluar loose cotton. Dan paling best balik Malaysia masih boleh pakai lagi. Kenapa penulis cakap macam nie ? Sebab penulis shopping jubah kat arab sampai sekarang pakai sekali dua je.
Berbanding dengan Jubah. Kurta ini takde la segan sgt nak pakai berbanding jubah. Kurta kita boleh pakai sewaktu flight (flight dia lama woo kalau nak gie sana – 8 hingga 12 jam – tengok airline apa) dan ramai juga yang mengenakan jaket sekali dengan kurta untuk mengelakan kesejukan didalam kapal terbang.
Sebelah kanan dan tengah adalah kurta keluaran Cirgaro Apparel
Ada juga concern nanti overfashion pulak. Sebenarnya tidak kalau kita tengok design Cirgaro Apparel ini sememangnya minimalist. Tak meriah mana dan plain coloured je. Memang sesuai untuk mengerjakan haji dan umrah.
Kalau tak suka kurta yang berzip. Cirgaro Apparel bakal mengeluarkan kurta teluk belanga yang lebih simple dan senang untuk dipakai. Stay tuned pengumuman mereka untuk tarikh available kurta uno (kurta teluk belanga) version 2 nie. Yang version 1 dah habis tinggal display 2 3 helai sahaja. .
Last sekali penulis recommend beli kain serban (Shemagh) – sejenis selendang arab untuk buat tutup kepala (Untuk lelaki). Benda ini sememangnya berguna sebab
- Penutup kepala jika cuaca panas.
- Penutup kepala dan dada cuaca sejuk.
- Kain untuk lap peluh atau airmata.
- Standy untuk dijadikan sejadah incase solat kat luar masjid.
- Dan banyak lagi kegunaan yang anda bakal tahu apabila di tanah suci kelak.
Secara umumnya pakaian untuk mengerjakan haji atau umrah ini perlu simple dan mudah. Penulis berharap keterangan diatas dalam merungkaikan pertanyaan mengenai “nak pakai baju ape ek “ bila mahu mengerjakan haji atau umrah.
Ok. Kita sambung pula dengan Hari Raya Haji Aidiladha yang bakal tiba. Sambutan hari kebesaran ini lebih meriah di pantai timur semenanjung berbanding pantai barat.
Kenapa ? Penulis pun kurang pasti mungkin ada yang boleh share dengan penulis sebab apa. Hehe.
Seperti Hari Raya Aidilfitiri kaum lelaki kini lebih berani berfesyen. Kalau dulu hanya T-shirt atau baju melayu je bantai. Kini dah ada Kurta atau Jubah yang boleh digayakan untuk hari-hari penting seperti Hari Raya Haji Aidiladha.
Sama seperti yang saya bincangkan diatas, pemakaian kurta atau jubah juga sesuai untuk beraya. Cuma bila kita turun untuk memotong lembu , jubah nie tak beberapa sesuai. Lebih sesuai Kurta dimana ianya mudah digayakan dengan seluar jeans supaya kita senang nak bergerak semasa nak motong lembut tue nanti.
Berniat nak cari tema sedondon ? Boleh datang ke butik Cirgaro untuk melihat koleksi sedondon mereka. (Selagi stok masih ada).
>> Klik sini untuk Kurta Umar , kurta serba boleh, pilihan orang ramai.
Umrah adalah salah satu ibadah yang sangat penting bagi umat Islam, dan ia melibatkan perjalanan yang mendalam ke tanah suci Mekah. Semasa melaksanakan Umrah, pemakaian yang sopan dan selesa adalah penting, dan kurta adalah pilihan popular bagi lelaki Muslim. Di bawah ini adalah beberapa tip pemakaian kurta semasa Umrah untuk memastikan anda beribadah dengan selesa dan merasa penuh khusyuk.
1. Pilih Kurta Yang Ringan Dan Bernafas
Ketika memilih kurta untuk Umrah, pastikan anda memilih yang terbuat daripada fabrik yang ringan dan bernafas. Mekah mempunyai iklim yang panas, dan kurta yang berat boleh membuat anda merasa tidak selesa semasa beribadah. Fabrik seperti kapas atau fabrik campuran yang bernafas adalah pilihan yang bijak.
2. Pastikan Kurta Sesuai Dengan Saiz Anda
Sekiranya anda membeli kurta siap jahit atau sediada, pastikan ia mempunyai potongan yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Kurta yang terlalu besar atau terlalu ketat boleh mengganggu ketenangan semasa beribadah. Dengan potongan yang betul, anda akan merasa selesa dan bebas bergerak.
3. Pilih Warna Yang Sesuai
Walaupun kurta tradisional sering datang dalam warna putih, warna lain seperti krem atau biru muda juga boleh dipertimbangkan. Warna putih mungkin lebih sesuai dengan persekitaran Mekah yang suci, tetapi yang penting adalah anda merasa selesa dengan warna yang anda pilih.
4. Jangan Lupa Songkok / Kopiah Dan Seluar
Selain daripada kurta, pastikan anda juga mempunyai Songkok atau Kopiah dan seluar yang sesuai. Topi membantu melindungi kepala anda daripada terik matahari dan juga adalah salah satu aspek tradisional pemakaian semasa Umrah. Seluar yang longgar dan selesa juga penting untuk keselesaan semasa berjalan dan beribadah.
5. Pastikan Anda Memakai Ihram Dengan Betul
Semasa melaksanakan Umrah, anda akan memakai ihram, yang terdiri daripada dua helai kain putih. Pastikan anda memahami cara memakai ihram dengan betul sebelum berangkat ke Mekah. Ini termasuk mengikat ihram dengan betul dan memahami tatacara semasa di dalam ihram.
6. Selalu Menyediakan Lebih
Saat-saat di Mekah mungkin panjang, dan anda mungkin tidak mempunyai peluang untuk mencuci pakaian anda. Oleh itu, selalu bawa kurta ekstra dan pakaian dalam tambahan. Ini memastikan anda sentiasa mempunyai pakaian bersih dan selesa untuk dipakai semasa beribadah.
7. Jaga Kebersihan Diri
Selama Umrah, menjaga kebersihan diri adalah sangat penting. Anda akan bersentuhan dengan banyak orang, dan anda mungkin akan berpeluh dengan banyak semasa berjalan dan beribadah. Pastikan anda membawa tuala kecil dan tisu basah untuk membersihkan diri anda dan menjaga kebersihan.
Beribadat dan Berdoalah Dengan Ikhlas
Akhirnya, jangan lupa untuk berdoa dengan ikhlas semasa memakai kurta semasa Umrah. Ini adalah peluang yang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah, jadi lakukanlah dengan hati yang ikhlas dan tulus.
Dengan mengikut tip-tips ini, anda akan dapat memakai kurta semasa Umrah dengan selesa dan beribadah dengan penuh khusyuk. Semoga Umrah anda menjadi pengalaman yang bermakna dan memberi manfaat kepada anda secara rohani.
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.