Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Cirgaro Apparel
Gambar Kurta Lelaki - Ayah dan Anak yang sedondon.
Hampir 2 minggu kami tidak update blog. Rindu sangat nak menulis hehe. Salah satu sebabnya adalah kami mengambil cuti rehat yang panjang sempena Hari Raya Aidilfitri tempoh hari. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk migrate beramai2 ke hardware baharu yang baru sampai sebelum bulan ramadhan.
Untuk pengetahuan semua, team Cirgaro Apparel tidak bercuti hampir 1 bulan setengah sepanjang bulan ramadhan dan sebelum bulan Ramadhan. Ini disebabkan komitment tugasan yang sangat demanding.
Kurta Lelaki - Kurta King
Musim Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2017 merupakan musim yang menarik dan menambah pengalaman kami selaku “new brand” (yes we are only 2 year old”) dalam industri fesyen tanah air. Dan setiap musim Raya pastinya akan menambah pengalaman kami dalam bidang fesyen.
Alhamdullilah – hampir 70 % perancangan kami berjaya dilaksanakan dan berjaya mencapai target yang kami kehendaki. Lagi 30% pula idak mencapai merupakan projek special kami iaitu printed satin yang kami batalkan di saat2 akhir disebabkan kehendak pasaran tidak ke arah printed satin.
Gambar Baju Raya Sedondon customer Cirgaro Apparel.
Big boss dan lady boss kami mengambil keputusan Projek printed satin digantikan dengan Kebaya Queen dan Kurung Moden Nia. Walaupun berstatus “reserve projek” sambutan yang sangat hebat membuatkan kami sangat terharu.(Kebaya Queen dan Kurung kebaya Nia saiz S dan M sold out pada pertengahan ramadhan – hanya sempat restock pada penghujung ramadhan).
Berkata mengenai team work pula , untuk musim 2017 kami sememangnya mencabar. Ini disebabkan Cirgaro Apparel telah berkembang kepada 3 cabang iaitu – a. Team online , b. Team butik , dan c. Team event. Kesemuanya team cirgaro apparel mempunyai cabaran masing2 dan kami berjaya tangani dengan baik.
Booth Cirgaro di Mood Republik PWTC KL RAYA FEST
Berikut merupakan kejayaan team-team Cirgaro Apparel
a. Team online – berjaya mengukuhkan market share didalam negara dan di luar negara. Penambahan hampir 43% pelanggan online baharu. Reach untuk marketing melalui online pula berjaya mencecah 1 juta.
b. Team butik – berjaya “operational” tanpa masalah setiap hari tanpa penutupan butik sejak pembukaan pada bulan April 2017 dan menjadi destinasi tumpuan untuk membeli belah yang penting di Plaza Shah Alam.
c. Team event - berjaya mengharungi event terbesar negara (Mood Republik) 72 jam non stop dengan angka jualan yg “sukses” di PWTC KL serta menyertai 2 event awal ramadhan – MR Kuantan dan MR Ipoh.
Gambar Big Boss kami masuk Bernama NEWS
Untuk pertama kali juga Cirgaro Apparel menjadi tajuk berita saluran berita tv nasional – iaitu di TV3 dan temuramah khas di Bernama NEWS. Ianya merupakan kejayaan besar disebabkan pihak Cirgaro Apparel tidak membayar apa-apa untuk mendapat slot tersebut dan merupakan pilihan organik oleh editor TV3 dan Bernama NEWS.
Hampir kesemua SKU berjaya dijual dan mendapat sambutan yang sangat hebat oleh peminat-peminat fesyen tanah air. Sebenarnya para pembaca semua , kami sangat nervous untuk musim raya 2017 yang lepas disebabkan penambahan hampir 250% SKU baharu dan pengenalan banyak produk baru di Cirgaro Apparel (kurta kanak-kanak dan baju kurung perempuan.
Untuk peminat-peminat fesyen tempatan , kami bakal melancarkan koleksi Kurta yang baharu untuk raya haji kelak. Stay tuned tau.
Di kesempatan ini kami dari seluruh warga kerja Cirgaro Apparel ingin menyusun jari memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh para pelanggan Cirgaro Apparel jika ada salah dan silap sepanjang kami berurusan dengan anda.
Kami juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga kami , sahabat handai dan rakan-rakan kami termasuk , rakan-rakan vendor , event organizer Mood Republik dan pihak pengurusan Plaza Shah Alam yang tidak putus-putus berdiri bersama kami dan menyokong jenama Cirgaro Apparel.
- Admin 08
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.