Article: Kegagalan yang amat merugikan adalah gagal dalam mencuba. Tidak Pernah Patah Semangat.
Kegagalan yang amat merugikan adalah gagal dalam mencuba. Tidak Pernah Patah Semangat.
Verbatim copy Harian Metro Ahad 13 November 2016 , Ruangan Ekspresi Muka Surat 23.
Meskipun mengalami kerugian teruk ketika mengendalikan perniagaan vape beberapa tahun dahulu, ia tidak mematahkan semangat Mohd Hafeez Azhar Azam, 33 , untuk terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan.
Percaya pada konsep rezeki berpihak kepada mereka yang tidak berputus asa. Dia mengunakan wang simpananya untuk membuka perniagaan pakaian diberi nama Cirgaro pada Januari tahun ini.
Mengulas lanjut pengalamanya, Hafeez berkata dia mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum membuka kedai di Seksyen 7 bersama adik beradiknya.
Alhamdullilah perniagaan itu mendapat sambutan hangat pelanggan. Meskipun saya lebih dikenali sebagai penjual vape tapi ia bukan alasan untuk saya mencuba bidang perniagaan baru.
“Pengalaman ketika perniagaan vape mengalami kejatuhan dan dirampas pihak berkuasa membuatkan saya lebih kuat dan menganggap sebagai cabaran dalam turun naik sesuatu perniagaan seterusnya membuatkan saya lebih berbekerja keras”.“Saya percaya setiap jenama punya kelebihan masing-masing”.
Begitu juga dengan Cirgaro dimana kami amat cerewet dan menitiberatkan pemilihan fabrik serta kualiti jahitan. Alhamdullilah pelanggan percaya dengan kualiti yang ditawarkan.
“Hasilnya produk kami senang diterima pelanggan di seluruh Malaysia. Kami turut menawarkan pilihan warna yang paling banyak kepada pelanggan menyebabkan ramai yang datang kembali kepada kami untuk memiliki koleksi warna lain walaupun pernah membelinya sebelum ini” katanya yang menjual jubah lelaki dan wanita, blaus, baju kurung, kurta, tudung, kemeja-T, dan sebagainya.
Seperti peniaga butik lain. Hafeez turut memasang impian melebarkan sayap ke Brunei dan Singapura. Baginya, bidang ini akan terus berkembang.
“Saya tidak melihat mana-mana negara didunia yang mana bidang fesyen dinegara berkenaan tidak berkembang secara positif. Pada pengamatan saya, pakaian ialah keperluan asas yang penting.
“Masyarakat di Malaysia semakin lama berminat untuk membeli pakaian berfesyen cuma dengan syarat ia berserdahana dan harga berpatutan,” katanya yang turut menyasarkan untuk membuka butik di pasaraya terkemuka di Lembah Klang dalam tempoh 3 tahun lagi.
Leave a comment
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.