Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Baju Melayu Lelaki Moden - Pilihan Utama Golongan Maskulin

Baju Melayu Raya Lebaran
baju melayu

Baju Melayu Lelaki Moden - Pilihan Utama Golongan Maskulin

 

Penulis pernah berborak dengan seorang warga asing dari eropah yang menyatakan beliau agak hairan kenapa kebanyakan Baju Melayu di Malaysia yang mengunakan fabric satin polyester untuk menjadikan baju melayu.

baju melayu moden shah alam

Walhal di Malaysia menngalami cuaca panas beriklim tropika sepanjang tahun , dimana hampir 90% Baju Melayu di pasaran Malaysia mengunakan fabric polyester / satin yang sebenarnya agak panas dan tidak serap peluh.

Setelah berfikir beberapa ketika jawapan penulis ada tiga kepada warga asing tersebut  :

  1. Pada waktu dahulu , Fabrik satin polyester merupakan fabric mampu milik berbanding dengan fabric cotton mempunyai tanda harga lebih premium. 
  2. Pilihan warna fabric polyester kerana ianya berkilat (nampak mewah) dan mempunyai banyak pilihan hingga 100 warna berbeza. 
  3. Pembeli confuse bila beli dalam kedai yang berhawa dingin , fabric satin polyester berasa sejuk walhal tidak apabila di cuaca panas di luar.

Saya mengangap bahawa warga asing tersebut faham dengan penjelasan saya mengenai kenapa baju melayu di pasaran di Malaysia mengunakan fabrik satin polyester berbanding cotton.

Di Cirgaro Apparel pula nak cerita hampir 70% keluaran busana kami baik untuk fesyen lelaki atau wanita dan kanak-kanak mengunakan fabrik cotton berbanding non cotton fabric.

Baju Melayu Berkualiti Shah Alam

Ya kami merupakan peminat fabric cotton dan merasakan melalui pengalaman kami ,  fabric yang diperbuat daripada kapas ini merupakan fabric terulung untuk dibuat busana tidak kira untuk busana harian atau hari istermewa – Hari Raya Aidilfitri.

Kami mengambil masa 3 tahun dari tarikh penubuhan brand cirgaro apparel untuk mengeluarkan Baju Melayu pertama kami. Kenapa lambat ? ada beberapa perkara yang kami ambil berat iaitu : 

  • benda paling concern kami adalah kami tidak mahu baju melayu ini hanya dipakai sekali sahaja (berdasarkan pengalaman sendiri) , lepas pakai first day raya terus terperuk di dalam almari wardrobe anda. Design kami di Cirgaro Apparel banyak mengabungkan design  tradisional dan moden (baca disini untuk mengetahu kisah lanjut mengenai baju melayu vs kurta). 
  • Oleh kerana demikian , Baju Melayu Moden Cirgaro direka khas supaya boleh dipakai berasingan daripada seluar (tiada pesak). 
  • Terdapat rekaan design eksklusif tanpa mengunakan butang boleh tanggal supaya kos pemilikan kami mampu milik.
  • Rekaan design Baju Melayu ini tampil dengan imej klasik tetapi ada unsur minimalis - moden.
  • Potongan seluar yang selesa tanpa mengabaikan trending terkini. Ada jenama fesyen yang lain mengeluarkan seluar ikut trend tapi hasilnya cawat terlalu singkat , dan orang yang berisi sedikit lansung tidak boleh memakai seluar baju melayu tersebut.

Baju Melayu Sedondon Baju Kurung

    Walaupun anda boleh berkata , alahai apa la susah sangat follow je la fesyen baju melayu cekak musang atau teluk belanga. Kami tetap mengetengahkan rekaan kami tanpa lari jauh daripada imej asal baju melayu.

    Citarasa klasik menjadi tema penting pada setiap tahun. Kami menampilkan rekaan busana busana baju melayu kami yang menzahirkan rekaan baju melayu klasik moden. 

    Baju Melayu Raya 2018

    Walaupun tema klasik menjadi tema penting untuk baju melayu klasik ini , kami tetap gatal tangan dalam memberikan sedikit sentuhan moden minimalis.  

    Rekaan baju melayu kami direka sejak dari awal lagi boleh dipakai sebagai kurta dan boleh digayakan dengan seluar jeans , seluar slack hatta kain pelikat.

    baju melayu slim fit shah alam

    Potongan “cutting” seluar pula merupakan potongan selesa tanpa mengabaikan citarasa moden yang kecil dibahagian lutut hingga ke kaki seluar.

    Dibahagian pinggang seluar pula kami mengunakan getah seluar yang “grip” dan juga memastikan seluar kekal selesa walaupun perut sudah penuh !!

    Koleksi kurta dan baju melayu kami - "A Truly Ready to Wear” omputih kata. pola sizing telah mengambil kira bentuk badan orang Malaysia. Seolah-olah ditempah khas untuk bentuk badan anda. 

    Baju Melayu Tradisional Shah Alam

    Kesemua busana Cirgaro Apparel mengunakan fabric teknollgi terkini kami – Hybrita Cotton Japan yang sangat comfly , tidak panas dan paling penting tidak mudah kedut.

    >> Klik sini untuk mengetahui apa lagi yang menarik mengenai baju melayu & kurta kami.

    Oh ya .. hampir separuh koleksi kurta dan baju melayu teluk belanga / cekak musang yang dikeluarkan oleh Cirgaro Apparel mempunyai warna yang sedondon dengan koleksi wanita dan kurta kanak-kanak kami. 

    baju melayu baju kurung baju raya couple set

    “Bukankah berdua lebih baik daripada sendiri ?”

    Tidak cukup dengan itu, untuk mereka yang mempunyai anak-anak , kami turut menawarkan kurta kanak-kanak lelaki (bercorak printed dan tiada corak  - plain) bermula dengan umur 2 tahun hingga ke 12 tahun.  

    Kami menjemput anda untuk datang ke butik kami di tingkat 1 Plaza Shah Alam seksyen 9 untuk merasa dan melihat sendiri koleksi Baju Melayu dan Kurta kami.

    Kedai jual baju melayu dan kurta saiz s hingga 4xl 

     penulis blog cirgaro

     

     

    1 comment

    baju melayu yang cantik

    http://farikhresources.com/

    muhammad izzat

    Leave a comment

    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

    All comments are moderated before being published.

    Read more

    kurta raya 2018
    baju melayu

    Trending Baju Melayu For Men This Coming Raya

    We took three years to develop and produce our first Baju Melayu. You maybe asking why did that take such a long? Well, we were up on early mornings and late nights trying to figure out how to in...

    Read more
    kurta design 2018
    baju raya

    Kurta Bangsawan terbaru 2018 setelah 3 tahun menjadi top seller.

    Masanya telah tiba , kehendak para pelanggan kami mula mahukan koleksi terbaru Kurta Bangsawan dalam versi butang. Kami memilih butang tempurung kelapa untuk menambah elemen klasik. Tiada tampala...

    Read more