Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Tips Usahawan Online : Whatsapp Click To Chat - Percuma, tak perlu save nombor, tak perlu daftar perkhidmatan

Tips Usahawan Online : Whatsapp Click To Chat - Percuma, tak perlu save nombor, tak perlu daftar perkhidmatan
e commerce

Tips Usahawan Online : Whatsapp Click To Chat - Percuma, tak perlu save nombor, tak perlu daftar perkhidmatan

Anda Seorang Usahawan? Ada menggunakan WhatsApp sebagai salah satu medium jualan?

Awal tahun 2017 aplikasi Whatsapp secara senyap² memperkenalkan ciri terbaharu mereka, Click To Chat. Kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi belum celik online shopping di website. Nak tak nak kena layan juga whatsapp. Sebenarnya shopping direct melauli website adalah lebih cepat dan efficent. semua maklumat dah ada dalam website. Warna apa / saiz apa yang available, ukuran, material dan lain² maklumat semua dah ada. Pembayaran pun lebih mudah.

Memudahkan Bakal Pelanggan.

Fungsi ni membolehkan bakal pelanggan anda terus chat dengan anda tanpa perlu save nombor anda. Hanya perlu klik link sahaja. Mudah! Kurang satu rintangan bakal pelanggan.

Apa yang lagi menarik ialah ianya percuma dan anda tak perlu daftar! Berberapa penyedia perkhidmatan bantuan Whatsapp sebelum memerlukan anda untuk mendaftar dan ada sesetengahnya berbayar.

Bagaimana Caranya?

Untuk menghasilkan link nombor whatsapp perniagaan anda menggunakan template berikut https://api.whatsapp.com/send?phone= diikuti nombor telefon anda dalam format antarabangsa.

Contoh:
Betul : https://api.whatsapp.com/send?phone=60176055338
Salah : https://api.whatsapp.com/send?phone=+60176055338
Salah : https://api.whatsapp.com/send?phone=0176055338

Elakkan meletakkan 0, +, - dihadapan nombor anda. Kalau nombor Malaysia, letak 6 sahaja di depan dan diikuti nombor anda.

Jadi anda hanya perlu paste link anda di blog post, fb post/ads atau website anda. Boleh digunakan di kedua-dua mobile atau WhatsApp Web.

Fungsi Tambahan

Anda juga boleh memasukkan teks pre-composed message ke dalam link tersebut.

Sebagai contoh, Cirgaro Apparel sedang menjalankan kempen bagi kurta dan kurung moden terbaharu mereka iaitu Kurta Teluk Belanga dan Kurung Moden Iris. Disebabkan kurta murah, kurung murah, kualiti tip top maka ramailah nak WhatsApp.

Jadi bagi memudahkan kedua belah pihak, kita boleh terus teks ke dalam link.
Kita boleh terus mengenalpasti produk yang pelanggan berminat.
Bayangkan bila pelanggan klik link WhatsApp anda, terus keluar teks "Hi Cirgaro! Nak tanya sikit berkenaan Kurta Teluk Belanga." Jadi kami tahu lah pelanggan tu nak tanya pasal kurta yang mana. Dah la banyak Jenis kurta.
Cuba klik link di bawah:

Contoh link WhatsApp bagi post Kurta Teluk Belanga: 
https://api.whatsapp.com/send?phone=60176055338&text=Hi%20Cirgaro%21%20Saya%20berminat%20dengan%20Kurta%20Teluk%20Belanga

Link direct whatsapp cirgaro tanpa perlu save nombor

 

Contoh link WhatsApp bagi post Kurung Moden Iris berserta teks
"Hi Cirgaro!
Nak tanya berkenaan Kurung Iris Mint Green" : 

https://api.whatsapp.com/send?phone=60176055338&text=Hi%20Cirgaro%21%0D%0ANak%20tanya%20berkenaan%20Kurung%20Iris%20Mint%20Green

Direct WhatsApp link Kurung Moden Iris

Extra Tools

Panjang dan tak kemas? Guna je url shortener https://goo.gl/ . Paste link url korang dalam page shortener tu. Kemudian copy paste lah link yang dah dipendekkan tu =)

Link direct whatsapp cirgaro tanpa perlu save nombor

  

Tak reti/leceh nak buat encoded url text? Website ni boleh membantu anda:
https://www.urlencoder.org/

Masukkan normal text anda dan kemudian klik Encode. Ia akan generatekan ayat biasa anda kepada format mesra url macam ni:
Hi%20Cirgaro%21%0D%0ANak%20tanya%20berkenaan%20Kurung%20Iris%20Mint%20Green

 

Kongsikan artikel ini agar kita sama² membantu. Jom kongsikan. Sama-sama dapat ilmu dan pahala. The more you give the more you get =)

 Anda ada website sendiri?
Lagi best! boleh buat subdomain sendiri kemudian redirect kepada link WhatsApp. Contohnya kalau click whatsapp.cirgaro.com terus buka whatsapp ke Cirgaro! Tapi kami pun tak buat lagi. Ekekekekeek.

Anda perlukan website macam Cirgaro? Adik Cirgaro http://lastudios.com.my boleh tolong.
Kalau cari pro photographer try roger geng Cirgaro, ananamri.com kalau dia tak busy :p

Rujukan:
https://faq.whatsapp.com/en/general/26000030/?category=5245251

 

 

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Rahsia Trend Fesyen Lelaki Terkini Yang Anda Perlu Tahu.
Fesyen Lelaki

Rahsia Trend Fesyen Lelaki Terkini Yang Anda Perlu Tahu.

Percaya atau tidak , fesyen tempatan lelaki yang menampilkan imej ketimuran masih lagi tidak dijadikan “everyday wear” dikalangan golongan lelaki seperti golongan wanita yang kita nampak menerima...

Read more
10 Sebab Kenapa Wajib Pergi Ke LeFestour Tawau, Sabah.
LEFESTOUR

10 Sebab Kenapa Wajib Pergi Ke LeFestour Tawau, Sabah.

Edisi jelajah LeFestour kali ini berada di Tawau Sabah , bermula 13 Oktober hingga 15 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Sukan Tawau bermula 10 pagi hingga 12 malam. Festival “Syurga Shopping” in...

Read more