Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Sejarah Butik Baru Cirgaro Apparel

Sejarah Butik Baru Cirgaro Apparel

Sejarah Butik Baru Cirgaro Apparel

Secara umum mengetahui Cirgaro Apparel mempunyai "online presence" yang kukuh melalui website , facebook dan instagram kami dan setiap bulan akan menyertai tour fashion event seperti Mood Republik dan lain-lain. Pelbagai peringkat pengalaman kami dah lalui dalam "learning curve" dalam menyertai dari event bawah khemah kat Masjid sampai lah ke Mood Repubilk Raya 72 jam.

Sama juga dalam menguruskan online presence kami , dari website sunyi sepi hinggalah kami berjaya menempatkan cirgaro apparel mendapat tempat #1 dalam pencarian kurta moden dalam enjin carian google (setakat artikel ini ditulis, kami tak self claim , tak caye boleh google sendiri, type kurta moden tgk sape yang list #1). 

Butik Lama Cirgaro Apparel

Gambar awal Butik Cirgaro di Tingkat 1 di Sekyen 7 (berkongsi lokasi dengan office Cirgaro Apparel) 

Butik Lama Cirgaro Apparel di Seksyen 7

Gambar Butik Cirgaro di Ground Floor di Sekyen 7 (Perkembangan terakhir sebelum berpindah ke Plaza Shah Alam). 

Dalam pada itu big boss kami mula buat plan utk memindahkan butik cirgaro asalnya terletak di HQ kami di Seksyen 7 Shah Alam ke lokasi yang lebih strategik. Pelbagai feasible study dibuat (cheewahhh). Mengikut kata big boss dan lady boss kami , sudah tiba masanya Butik Cirgaro Apparel duduk ditempat yang lebih baik supaya memudahkan para pelanggan Cirgaro datang membeli belah produk Cirgaro Apparel. 

Hasil pencarian dan feasible study bermula dari lokasi berhampiran top2 brand yang lain di kawasan Jakel Sekyen 7 Shah Alam hinggalah ke Bangi Sentral dan kawasan-kawasan lain di sekitar lembah Klang gagal menemui ciri2 lokasi yang big boss kami nak. 

Akhirnya mmg betul orang kata "kuman disebarang sungai nampak, gajah didepan mata buat tak tahu". Ikut spec yang kami nak , kami telah jumpa Plaza Shah Alam di Seksyen 9 yang kebetulan amatlah sangat dekat dengan Butik lama kami di Sekyen 7, Shah Alam.

Butik Cirgaro di Plaza Shah Alam

Gambar Plaza Shah Alam , Sekyen 9 

Maka proses utk negotiate dengan pihak pengurusan Plaza Shah Alam pun bermula. Utk pengetahuan semua Plaza Shah Alam merupakan shopping kompleks yang terawal di Shah Alam selepas Kompleks PKNS dan masih mempunyai tenant (penyewa) yang tidak kurang hebatnya.

Plaza Shah Alam juga diantara Shopping Compleks yang proper dimana , Managementnya masih mengawal dan mengambil berat imej penyewa-penyewa (tenant). 

Pada peringkat awal kami mengalami kesukaran utk menempatkan butik kami di Shah Alam Mall berikutan nama Cirgaro Apparel agak asing dalam dunia retail shopping kompleks.

Puas kami bentang paper bagai utk menunjukan bahawa Cirgaro Apparel deserve to be at Plaza Shah Alam. Akhirnya rezeki Allah S.W.T. memihak kepada kami, pihak pengurusan menerima kami dan menawarkan lot yang kebetulan kosong ditingkat 1. (niat nak duduk ground floor tepi starbucks hehe). 

Harga sewa dan kos pengubahsuaian ? Sorry tak boleh nak cerita sini. Pada siapa yang pernah deal dengan shopping complex , ada duit banyak pun kadang-kadang tak mencukupi utk buka butik di shopping complex. Niat kami cerita bukan nak mendabik dada jauh sekali nak berlagak utk mengatakan Cirgaro Apparel berduit sampai nak buka butik di Plaza Shah Alam. 

Niat kami hanyalah utk berkongsi kisah pengalaman dan mana tahu , ada para pembaca disini ada yang bercita-cita utk menubuhkan perniagaan sendiri satu hari nanti. 

 

Time renovation

Gambar sebelum renovate ..  kena pasang hoarding board. Dah siap baru boleh buka.  

Berbeza dengan renovation di rumah kedai, renovation di shopping complex lebih kompleks, design ID kena submit dahulu sebelum start renovation. Tak boleh pakai konsep Build n Design. Kena guna konsep Design n Build. Kontraktor pun takboleh nak bantai panggil kong indon mana2 start buat kerja. Kontraktor yang dipilih oleh penyewa perlulah mempunyai sijid CIDB , wiremen, dan chargemen sebelum memulakan kerja. 

Id awal

Gambar konsep awal ID Butik Cirgaro Apparel. 

Submission utk ID kepada management Mall dah la satu hal. Bila management Mall da approve barulah kerja2 renovation baru boleh start. Ini semua tak termasuk inspection dengan Building Manager pasal isu kualiti dan safety sebelum kedai diberi lesen utk dibuka. 

Semua kerja2 yang berat , pecah batu , drill dinding ke  hatta mengecat perlulah dibuat sebelah malam.  Bila kerja malam kita pun tahu, nak cepat mmg la tak boleh. Kos toksah cerita. Dari pemasangan lantai hinggalah ke pemasangan syiling hanya boleh dibuat 10 malam hingga 10 pagi. So bila mall tue beroperasi, tiada kerja2 renovation yang bising akan dilalukan. 

Final ID Butik Cirgaro

Gambar Final ID Butik Cirgaro Apparel 

Umum mesti akan bertanya , ekonomi tgh tak best nie. Kerja gila Cirgaro Apparel gie bukak butik baru. (ada diantara player fesyen tutup operasi terus atau kurangkan bilangan cawangan). Tahukah anda , bila penulis dan bos2 dtg melawat Plaza Shah Alam pada waktu malam utk melihat progress kerja kontraktor kami di Plaza Shah Alam - suasana malam riuh rendah dengan bunyi drill hacking dari kontraktor2 lain yang turut renovate butik / outlet top-top brand lain. Mende lak nie. Ramai gak renovate kedai masing?. 

Terkejut kami pada mulanya. Bila tokey2 outlet nie berjumpa meeting diantara satu sama lain dengan bos kami , banyak kami belajar dalam game retail nie. Tak semestinya dalam economy slow down kena hand brake. Kena pandai juga spend supaya tak nampak brand kita ikut tidur. 

Shopping mall operator juga bijak. Mmg akan ada certain2 brand yg akan give up atau brand-brand nie decide to relocate ke kedai lebih besar. Lot kosong yang ditinggalkan oleh mereka akan diisi oleh brand-brand baru yang menarik hati pengunjung mall setelah ditapis. Pendek kata Shopping Mall operator lebih baik biarkan lot tue kosong daripada masukan brand tah hape2. 

Adakah Cirgaro Apparel feeling2 nak jadi top brand bila masuk shopping mall ? Tue bukanlah objective kami. Objective kami lebih kepada memberi kemudakan kepada para pelanggan Cirgaro utk lebih mudah mengunjungi Butik Cirgaro Apparel. Contohnya : 

Kalau nak gie beli Kurta Moden Cirgaro , para pelanggan kami pun boleh singgathmakan dulu kat sahara tent ke (sebelah butik kami je hehe) , nyonya kitchen ke atau beli barang dapur kat giant atau usha emas kat Habib Jewels ke hatta nak gie Bank HSBC pun boleh.Jangan kata tue hatta bila para pelanggan kami berkunjung ke Plaza Shah Alam / Plaza Masalam nak gie buat ic kat Jabatan Pendaftaran kat tingkat 6 pun boleh sambil2 singgah ke Cirgaro Apparel. 

Sedikit nota kaki mengenai kekeliruan Plaza Shah Alam / Plaza Masalam. Plaza Shah Alam merupakan bangunan 4 tingkat yang menempatkan shopping mall manakala Plaza Masalam yang menempatkan pejabat2 kerajaan persekutuan seperti Jabatan Pendaftaran, KDN , JUPEM dan lain2. 

Kembali kepada cerita renovation kedai tadi, Tahu tak renovation kedai Cirgaro Apparel dilindungi oleh insuran sebanyak RM 1 Juta ? Tak percaya kan ? Memang regulation kalau buat renovation kena ada public liability coverage sampai RM 1 Juta. Senang cerita, kalau ada orang lalu tepi outlet yang tengah renovate tiba2 siling jatuh hempap kepala orang tue sampai mati. Orang tue entitle utk claim sampai RM 1 Juta ringgit Malaysia. Semua kos insuran nie ditanggung oleh pihak kontraktor kami dan akhirnya kami juga kena bayar walaupun kita fikir dah la kerja malam , pun nak kena ada insurans coverage jugak ?

 

Renovation work at Cirgaro Boutique

 

Store dah siap

Gambar kerja-kerja plaster dan lantai dalam progress 

Roller Shutter Installation

Pemasangan "See Through Roller Shutter" Trend terkini Shopping Mall sekarang. Kedai walaupun malam masih boleh tgk barang kat dalam. 

Siling , Dinding dan Kemasan Lantai

Gambar Dinding , Lampu , Dan Lantai dah siap sebelum kerja-kerja pemasangan custom kabinet. 

Sebenarnya kerja2 renovation kami lewat hampir 1 bulan setengah. Ini disebabkan syarat2 ketat management mall yang sebenarnya mcm mengada tapi bila diterangkan oleh Building Manager Plaza Shah Alam ianya bersifat utk mewujudkan suasana yang selamat dan kondusif. Dan yang paling penting peraturan-peraturan yang mereka tetapkan adalah bukan syok sendiri. Ianya selaras dengan undang-undang bangunan yang dikawal selia oleh Jabatan Bomba Malaysia.

Betul jugak bila kami fikir , bab wiring kedai mmg ketat. Sebab wiring punya diagram berserta cop cert wiremen kena disubmit dahulu sebelum kerja2 wiring lampu dibuat. Takde maknanya nak biar wayar bersilang2 tanpa masuk dalam paip pelindung. Semua kena susun rapi dan tiada sambungan haram suka2 hati tape hitam gitu. Akhirnya bila wiring dah buat ikut buku teks , takkan ada masalah wire short ke atau mintak dijauhkan terbakar ke bila butik beroperasi kelak. 

Jangkaan bos2 kami yang mana proses renovation boleh siap hanya 1 bulan mulai meleset dan mula mengusarkan kami. Customer complain sbb tak boleh try baju toksah cerita la. Sampai ada customer Cirgaro Apparel datang beli dan try kat store (butik lama convert jadi store). TQ CUSTOMER CIRGARO YANG SPORTING. WE LOVE U 4EVA !!! UOLLS THE BEST !!! 

Akhirnya butik kami siap utk dibuka pada 1 April 2017. Butik baru nie takde lah besar dan grand mane. Kalau ikut kayu ukuran game retail kat Malaysia masih lagi sekangkang kera. Tapi ID (interior design) adalah diilhamkan selaras dengan design languange kami. Simple dan minimalist. 

Kami mendoakan agar perjalanan kami di industri fesyen tanah air dapat berjalan lancar dan mengukuhkan lagi jenama Cirgaro Apparel dikalangan peminat fesyen tanahair. 

Klik update blog Pembukaan Butik Baru Cirgaro Apparel.   

Terkini, kami masih mengekalkan online presence kami seperti biasa. Dan insyallah kami bakal menyertaikan event2 fesyen diluar sana. (Sorry peminat2 kami di Kelantan, kami tak sempat nak turun Mood Republik Tour Kelantan bulan lepas).

Ramai juga yang bertanya kenapa tak buat perasmian butik baru ? Makan2 ke ? Fesyen Show ke ? Memang dah wujud plan tersebut tapi terpaksa ditangguh dahulu sbb our hands are full dengan kesibukan utk menyiapkan projek raya kami. Nantikan koleksi raya kami tau !! 

Insyallah kalau takde aral melintang kami bakal merasmikan Butik Baru Cirgaro Apparel dalam tempoh terdekat. 

Akhir kata dari kami di Cirgaro Apparel. Jemput datang ke Butik Baru kami di tingkat 1 Plaza Shah Alam dan Jumpa Lagiiiii. 

Ditaip oleh Tukang Taip Cirgaro Apparel (panjang pulak bos aku suruh tulis niehhh). 

Isi-isi penting oleh Big Boss Cirgaro Apparel. 

 

 

  

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Butik Eksklusif Cirgaro Apparel
Blouse Wanita

Butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam , Seksyen 9 , Shah Alam , Malaysia

Kepada para pelanggan Cirgaro Apparel ,  semua produk busana Cirgaro Apparel boleh didapati butik Cirgaro Apparel . Anda dijemput untuk datang untuk mencuba dan merasai pengalaman membeli belah d...

Read more
Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu
Pencarian Wanita Melayu

Pencarian Wanita Melayu 2017 | Usaha memertabatkan Wanita Melayu

Pada 9 April 2017 yang lalu bertempat di Kompleks Kraftangan , Jalan Conlay Kuala Lumpur telah berlansung saringan peringkat pertama PWM 2017. Sebanyak 30 orang peserta hadir dalam sesi pertama dan...

Read more