Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Segengam kenangan di Pulau Tioman | TICD 2017

Segengam kenangan di Pulau Tioman | TICD 2017

Segengam kenangan di Pulau Tioman | TICD 2017

Berjaya Hotel Kuala Lumpur

Pada awal bulan Oktober pihak Cirgaro Apparel menerima jemputan dari Malaysia Backpackers untuk bersama-sama menghadiri Berjaya Tioman Island Conservation Day yang akan berlansung pada 20 hingga 22 Oktober 2017.

Peluang keemasan ini tidak dilepaskan memandangkan penulis pun dah lama tak berkungjung ke Pulau Tioman apatah lagi menjejakan kaki ke Berjaya Tioman Resort. Kehadiran penulis pula lebih kepada rakan media dalam Berjaya Tioman Island Conservation Day.

Bas persiaran tiba tepat pada 12:30 tengah malam dan para peserta mula menaiki bus untuk memulakan perjalanan 6 jam ke Jeti Tanjung Gemok, Pahang.

Perjalanan yang dijangkakan jauh dimulakan di Berjaya Times Square Hotel pada 19 Oktober 2017. Para perserta dari rakan media lain mula berkumpul pada 12 tengah malam untuk menaiki bus persiaran khas untuk ke Jeti Tanjung Gemok , Pahang.

Berbekal dengan setup yang ringan sbb menjangkakan leceh untuk bawak gear kelengkapan-kelengkapan kamera yang lain , Sony RX100 Mark 1 pilihan. Selain daripada mudah untuk dibawa kemana-mana. Kamera Compact Sony RX100 ringan dan kecil untuk di simpan didalam bag galas.

Perjalanan pada waktu malam membuatkan para peserta mengambil kesempatan untuk tidur sepanjang perjalanan untuk memastikan tenaga dan rehat yang mencukupi untuk menghadapi event di Pulau Tioman kelak. 

Admin pula bangsa tak boleh tidur especially kalau duduk paling depan sekali seat dalam bas. Kesempatan ini diambil untuk berborak-borak dengan pemandu bas dan rakan media lain yang senasib tak boleh tidur untuk mengetahui apa program yang bakal dihadapi sewaktu di Pulau Tioman kelak.

Usaha penulis untuk tidur-tidur ayam pun gagal sebab tahu-tahu bas dah parking. Ketibaan kami di Jeti Tanjung Gemuk , Rompin Pahang disambut dengan hujan rintik-rintik.  Wakil Berjaya Group (public relation) yang bersama kami dalam bas pun mengajak semua rakan-rakan media untuk bersarapan di Restoran Mamak berhampiran dengan Jeti Tanjung Gemuk.

Untuk pengetahuan semua , diantara kemahiran yang penting apabila travel jauh-jauh nie tapi jarang orang ada, adalah kemahiran untuk “cepat tidur asal sempat” apabila kesempatan macam admin Malaysian Backpackers. Asal duduk kejab je dia dah start belayar. Jeles.

Jeti Tanjung Gemuk

Berbekalkan mata yang agak merah, penulis bersama Admin Malaysian Backpacker mula bersarapan bersama rakan media yang lain. Kebetulan ramai yang lapar disebabkan aircond bas persiaran yang sejuk dan cuaca hujan sepanjang perjalanan.

Admin pula mula risau apabila cuaca hujan disepanjang perjalanan. Risau laut bergelora sepanjang ferry ride ke Pulau Tioman. Nak pulak pengalaman kali pertama admin ke Pulau Tioman , admin hampir mabuk laut disebabkan oleh keadaan laut yang bergelora.

Kebimbangan admin untuk mengalami mabuk laut hampir tidak wujud apabila diberitahu oleh Wakil Berjaya Group – Mrs Sophia yang kami bakal menaiki perkhidmatan feri yang baru – Catafery yang mengunakan kapal baru dan terkini - double hull (catamaran) yang lebih besar dan lebih stabil untuk perjalanan ke Pulau Tioman.

Cataferry

Pengalaman apabila memasuki Catafery ini seakan-akan mcm masuk kapal terbang. Siap ada pramugari dan pramugara menyambut dan asist kehadiran kami masuk ke kapal Catafery. First  impression memang win. Ruang Cabin yang moden yang besar membuatkan keyakinan bertambah tinggi terhadap industri perkhidmatan pengangkutan awam. (eh kesini pula).

Selain daripada Ruang Cabin yang moden dan selesa hampir mcm kapal terbang. Cataferry ini turut dilengkapi dengan Kafe Ringan-ringan (jangan salah anggap) yang menjual makanan dan minuman ringan untuk mengisi perut anda sepanjang perjalanan 1 jam setengah ke Pulau Tioman.

Perjalanan ke Pulau Tioman tidak sengsara dan sangat “smoooth” berbanding pengalaman admin ke Pulau Tioman kali pertama ke sini 9 tahun dulu. Penulis pula mengambil kesempatan untuk duduk di belakang bot (open air) untuk mengambil angin dan menikmati pemandangan laut lepas.

Kami tiba di Pulau Tioman pada pukul 11:30 pagi. Cuaca sudah terik mula la nak bad mood. Tapi hati ini memujuk. Takkan nak harap cuaca macam cameron highland pulak kan. Bertukar dari naik ferry tadi , pihak Berjaya Resort Tioman telah menyediakan “shuttle lorry” iaitu lori 1 tan yang diubah suai khas untuk mengangkut para pengunjung dari Jeti Tekek ke Berjaya Tioman Resort.

Kehadiran kami ke Berjaya Tioman disambut dengan “Welcoming Drink” yang lain daripada yang lain. Jika kita ke hotel lain, air mineral atau cordial akan menjadi menu untuk welcoming drink. Berjaya Tioman punya style lain. Depa bagi air kelapa sebijik terus.

Pehh memang refreshing dan sesuai dengan kedudukan Berjaya Tioman Resort yang terletak di Pulau Tioman. Kebetulan penulis dan travel budy (admin Malaysian Backpackers) tengah haus. Jangan kata satu , kami bantai 2 biji air kelapa seorang siap layan makan isi kelapa.

Proses check in pula berjalan sangat lancar disebabkan pihak Berjaya Tioman Resort dah prepare untuk “group check in” untuk menyambut kedatangan rombongan kami yang berjumlah 35 orang.

Sesudah kami memperolehi kunci bilik, pihak Berjaya Tioman menyediakan buggy car untuk menghantar kami ke bilik hotel.

Berjaya Tioman Resort

First impression – Berjaya Tioman Resort nie nampak tua skit (dah 30 tahun !!) walaupun begitu , persekitaranya adalah sangat bersih dan terjaga rapi. Walaupun design Berjaya Tioman Resort ini adalah old skool, Resort ini menawarkan pakej lengkap yang jarang ada di tempat lain iaitu , gabungan laut yang membiru dan kehijauan hutan hujan tropika.

Kami ditempatkan di bilik deluxe dimana senibina rumah tradisional Melayu di zahirkan dalam facade mereka. In fact hampir 90 senibila dan feel resort ini adalah berorientasikan tradisional Melayu.

Apa yang menarik mengenai bilik hotel yang kami duduki ini adalah ianya seolah-olah macam sebuah chelat besar dua tingkat yang menempatkan cluster 4 bilik. 2 dibawah dan 2 diatas. Dan setiap chalet besar ini diletakan secara berasingan dengan chalet besar lain untuk menambahkan privacy pengunjung.

bilik hotel berjaya tioman resort

Apabila kami memasuki bilik hotel, satu special feel yang comfy dirasai oleh kami. Ruang dalam yang sangat luas dan kemas memberi positive feedback yang mengatakan penginapan anda disini pastinya akan selesa.

Pengunaan solid timber flooring (bukan lamited flooring tau) memberikan kepuasan tersendiri kepada anda apabila anda memijakan kaki ke dalam ruang bilik hotel ini. Terasa natural dan feel macam masuk rumah Melayu lama. (lama tak rasa macam nie).

Pada yang merasa tulisan diatas sedikit over, saya minta maaf sebab penulis sendiri dah terlalu lama biasa dengan styling modern deco – tiles , carpet , minimalist , dan compact room hotel design. So apabila dapat jumpa style lama nie sememangnya memberikan pengalaman yang berbeza dan bermakna.

Ok selepas special frist impression nie , Berjaya Hotel Tioman memberi kejutan lagi dengan pemberian goodies bag yang special untuk para penginap hotel. Goodies bag ini disusun cantik diatas katil terdiri daripada beberapa cookies premium , berus gigi , face towel dan wet tissue (siapa pernah terfikir nak bagi keperluan yang penting nie? Thumb up Berjaya Hotel).

TICD 2017

Kami mengambil kesempatan untuk meletakan beg dan refresh badan yang mula lesu dan kelaparan akibat perjalanan yang jauh. Kalau tengok dalam google map pun boleh terasa jauh. Merentasi tanah semenanjung , laut china selatan baru sampai ke Pulau Tioman.

Sedikit info Geografi Pulau Tioman anda jarang tahu. Tahukah anda ?

  • Pulau Tioman merupakan pecahan daripada kepulauan Borneo bukan dari semenanjung.
  • Pulau Tioman juga mempunyai spesis bunga rafelesia (bunga terbesar didunia).
  • Tiada babi hutan tinggal di Pulau Tioman.

So selepas urusan di bilik hotel , kami terus pergi ke restoran nelayan yang menghidangkan makanan tengahari buffet. Punya la banyak pilihan disediakan macam takkan nak habis makan sampai esok.

Hidangan buffet pula tidak mengecewakan dengan hampir kesemua hidangan adalah menyelerakan dan sangat sedap. Betul tak tipu sebab penulis agak cerewet dalam pemilihan makanan especially bila buffet style.

Sambil kami 2 3 round layan buffet tengahari , pihak Berjaya Tioman mula memberi taklimat untuk program “Tioman Island Conservation Day” untuk para rakan media dan juga rakan scuba diver yang dijemput khas.

Untuk pengetahuan semua, TICD 2018 meneruskan tradisinya sejak 2011 dalam usaha memulihkan , memelihara dan memdidik warisan semulajadi yang sangat bernilai iaitu terumbu karang disekitar Pulau Tioman.

Edisi TICD 2017 kali ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu -

  • Rakan Media
  • Rakan Scuba Diver dari Malaysia dan Singapura
  • Jabatan Laut Malaysia

Rakan Media bertanggungjawab untuk membina dan menyiapkan terumbu karang tiruan yang berbentuk piramid , kekotak , dan tiang gol. Of course pihak Berjaya Tioman Resort juga banyak membantu dalam menyediakan bahan asas keperluan untuk membina terumbu karang tiruan.

Pulau TIoman TICD 2017

Rekaan Terumbu Karang Tiruaan ini sebenarnya tidak la mudah sangat. Perkiraan bagaimana karang akan hidup di terumbu karang tiruan di ambil kira dengan berat. Setiap permukaan terumbu karang tiruan perlu dicat dengan cat khas untuk mengelakan terumbu karang tiruan tersebut berkarat.

Ya. Terumbu Karang Tiruan ini diperbuat daripada besi. Kenapa besi ? Disebabkan ianya binaan yang kukuh dan berat. Ini penting disebabkan apabila ditenggelamkan nanti terumbu karang tiruan ini perlu bertahan dengan arus kuat didalam laut.

Rakan Scuba Diver pula bertanggungjawab untuk menengelamkan Tukun tiruan ini didasar laut. Apabila tukun tiruan ini tengelam , rakan scuba diver akan menanam cerucuk di sekeliling tukun tiruan tersebut bagi mengukuhkan tukun tiruan tersebut untuk tidak hanyut disebabkan arus di dalam laut.

Apabila tukun tiruan ini telah settle down kat dasar laut, rakan scuba diver akan mula bercucuk tanam dengan mengikat satu persatu terumbu karang yang muda dan kecil di permukaan tukun tiruan.

Proses cucuk tanam ini akan sepenuhnya di kawal selia oleh pihak Jabatan Laut Malaysia yang akan memastikan teknik penanaman semula terumba karang adalah betul dan paling penting boleh hidup lama.

Keseluruhan proses penyediaan dan menengelamkan tukun tiruan , serta penanaman terumbu karang mengambil masa 2 hari.

Rakan Media juga mengambil kesempatan untuk menanam anak pokok kelapa disekitar resort Berjaya Tioman bagi menambahkan lagi kehijauan disekeliling Pulau Tioman. Hampir 50 anak pokok berjaya ditanam sempena TICD tersebut.

tanam pokok sempena TICD 2017

Pada malam kedua juga , pihak Berjaya Tioman Resort melalui pegawai conservasi nya (first time resort ada in house pegawai conservasi) memberi taklimat mengenai usaha-usaha Berjaya Tioman dalam memulihara keindahan dan warisan alam semulajadi di Pulau Tioman.

Diantara usaha-usaha mereka adalah , pihak Berjaya Tioman Resort bekerjasama erat dengan pelajar-pelajar sekolah di Pulau Tioman. Usaha pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar sejak dari bangku sekolah ini haruskan la dipuji dan diteruskan sampai bila-bila.

Ini kerana , golongan dewasa dan tua kadang-kadang sukar untuk menerima usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Bagi mereka laut sudah ada sejak lahir dan akan kekal begitu. Tabiat-tabiat buruk seperti membuang sampah ke dalam laut walaupun pada mereka memberi impak ringan kepada alam sekitar sebenarnya memberi impak yang besar terutamanya hidupan laut.

Sudah terdapat kes penyu mati terdapar dipantai si sebabkan tertelan plastik yang dibuang kedalam laut. Terumbu-terumbu karang pula ada yang telah mula mati akibat pembuangan minyak diesel kedalam laut oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Jadi melalui usaha pembinaan tukun tiruan ini diharap terumbu karang yang baru dapat hidup dan seterusnya menjadi habitat perlindungan kepada hidupan laut. Terumbu karang pula mengambil masa beratus tahun untuk hidup dan membesar serta cantik macam kita tengok kat tv tue.

Ramai juga tidak mengetahui bahawa terumbu karang berfungsi sebagai tempat nursery pelbagai hidupan laut. Ini bermaksud pelbagai hidupan laut “sewaktu mereka muda” menjadikan terumba karang sebagai tempat mereka membesar.

Selain daripada itu terumbu karang juga berfungsi sebagai tempat mengawan dan bertelur pelbagai hidupan laut. Ingat tak cerita cerita kartun “Finding Nemo” dan Finding Dory” ? Haa memang macam tue la hidupan laut hidup di dalam lautan.

Pulau Tioman | TICD 2017

Oleh kerana demikian populasi terumbu karang sememangnya penting bagi menjamin kelansungan kehidupan hidupan laut. Ianya juga secara tidak lansung turut menjamin bekalan makanan laut kita tidak pupus dan “sustainable” untuk generasi yang mendatang.

Ok dah panjang sangat pula cerite pasal Tioman nie , sebelum kita mengakhiri ceritera TICD 2017 Pulau Tioman ini , suka kami kami inform pertama kali bahawa Berjaya Resort Pulau Tioman dibuka sepanjang musim tengkujuh ini.

Walaupun ramai yang merasakan pada musim tengkujuh ini tidak sesuai untuk berkunjung Pulau Tioman disebabkan factor cuaca yang tidak menentu. Pihak Berjaya Resort telah membuat penelitian bahawa sebenarnya Pulau Tioman tidak beberapa terjejas dengan cuaca pada musim tengkujuh.

Apapun sila hubungi Berjaya Tioman Resort terlebih dahulu di website mereka di https://www.berjayahotel.com/tioman

Pada malam terakhir TICD 2017 pihak Berjaya Tioman Resort mengadakan dinner khas sempena TICD 2017. Majlis makan malam ini dihiasi dengan persembahan dari kanak-kanak sekolah di sekitar Pulau Tioman , dan ucapan khas dari General Manager Berjaya Tioman Resort Encik Sonny Gun serta penghargaan kepada rakan penaja. 

kurta untuk percutian hujung tahun

 cirgaro blog writer

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a comment

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

10 Sebab Kenapa Wajib Pergi Ke LeFestour Tawau, Sabah.
LEFESTOUR

10 Sebab Kenapa Wajib Pergi Ke LeFestour Tawau, Sabah.

Edisi jelajah LeFestour kali ini berada di Tawau Sabah , bermula 13 Oktober hingga 15 Oktober 2017 bertempat di Kompleks Sukan Tawau bermula 10 pagi hingga 12 malam. Festival “Syurga Shopping” in...

Read more
Fesyen vs Trend untuk dunia fesyen di Malaysia - Dari perspektif kami.
4XL

Fesyen vs Trend untuk dunia fesyen di Malaysia - Dari perspektif kami.

Seringkali kita mengunakan perkataan fesyen dan trend apabila mengaitkan “perubahan kosmetik” (fizikal luaran) sesuatu benda. Realiltinya fesyen dan trend mempunyai maksud yang berbeda. Namun salin...

Read more