Panduan Khas Baju Lelaki , Ringkas dan Klasik itu lebih baik.
Untuk koleksi lebaran tahun ini fesyen kami meneruskan kesinambungan dengan menampilkan rekaan klasik , minimalis dan moden. Satu gabungan yang kami pastinya akan menawan hati anda.
Pastinya anda semua ternanti-nanti keluaran terkini Kurta Raya dari Cirgaro Apparel. Sebelum itu dari seluruh warga kerja Cirgaro Apparel mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan pelanggan Cirgaro Apparel yang tidak pernah berhenti menjadikan busana Cirgaro Apparel pilihan utama mereka.
Jika di lihat dari awal keluaran busana Kurta Cirgaro Apparel, kami sentiasa mencabar kemampuan product development dan production dalam menghasilkan busana kurta yang dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kita tak perasan kan , pada zaman ini banyak jenama-jenama fesyen mengabaikan nilai seni pada jahitan busana pakaian. Dalam mereka mengejar keuntungan dengan menawarkan produk yang murah pada volume yang tinggi menyebabkan banyak produk pakaian mempunyai “short life span”.
Soal kualiti jahitan dan fabrik diabaikan dan selalunya berada dalam tahap minimum. Penguna pula semakin kurang kesedaran dalam memilih produk yang benar-benar berkualiti.
Penguna / consumer pula tidak sedar , mereka sering membeli produk yang mempunyai short life span - jangka hayat pendek. Pada pendapat mereka , ,mereka mengambil langkah berjimat. Tetapi mereka sebenarnya terperangkap perlu membeli berulang kali sepanjang tahun disebabkan busana pakaian mereka tidak tahan lama dan cepat lusuh.
Tetapi adakah jenama fesyen yang besar ini benar-benar bersalah dalam hal hal kita sebutkan diatas ?
Persoalan short life span adakah disengajakan (short life span) oleh jenama-jenama fesyen ? agak rumit sebenarnya.
Mari kita kupas dibawah :
Jenama-jenama fesyen sering kali tertekan dengan permintaan penguna yang mahukan busana pakaian fesyen baru setiap 3 bulan atas nama fesyen. Tekanan disebabkan persaingan juga menyebakan perang harga sering kali terjadi untuk mendapatkan perhatian dan jualan kepada penguna.
Di sebabkan itu kami mengambil posisi khas didalam pasaran untuk menawarkan produk yang benar-benar berkualiti dan mempunyai long life span (jangka hayat panjang). Kami terus terang menawarkan kualiti jahitan yang sangat tinggi dan mengunakan fabrik bermutu tinggi yang dipilih khas.
Oleh kerana demikian wujud kenaikan harga kos. Walaupun begitu , kami tetap menawarkan harga mampu milik untuk menawan hati para pelanggan yang setia kepada kami.
Jualan murah yang hampir tidak logik sepanjang tahun juga merupakan love and hate relationship kepada penguna dan penjual
Ramai tidak tahu dan sedar barangan yang diberikan diskaun potongan harga merupakan barangan yang tidak laku atau keluaran lama. Lebih teruk lagi ada penjual tak tidak beretika dengan sengaja "mark up" harga jualan asal supaya menampakan harga jualan selepas diskaun adalah berbaloi.
Kepada mana-mana entiti perniagaan pula , mereka perlu terus menerus menbuat jualan supaya menerima positif cash flow. Tidak kira kelembapan ekonomi atau tidak , jualan adalah teras yang sangat penting untuk menampung perbelanjaan syarikat dan continuity (kesinambungan) syarikat untuk masa hadapan.
Potongan harga sebanyak 50% hingga 70% pula mengakibatkan dua perkara
Para penguna menikmati potongan harga yang murah dan dapat berjimat.
Tetapi untuk penguna yang membeli awal sewaktu pelancaran produk tersebut merasa rugi akibat terlalu cepat jatuh seterusnya hilang kepercayaan dalam pricing sesuatu jenama tersebut.
Sememangnya telah wujud jenama-jenama fesyen yang sukar untuk bangkit setelah menawarkan diskaun terlalu tinggi kepada produk mereka sehinggakan nilai harga jualan yang tawarkan seolah-olah tidak nilai.
Ini juga menyebabkan perang harga yang tidak beretika. Jenama-jenama baru dan kecil yang memerlukan margin jualan yang signifikan terhimpit dan tidak mampu bersaing secara sihat.
Lebih buruk lagi , keseluruhan industri boleh terjejas teruk dengan setiap kali fesyen baru dilancarkan - diskaun terus ditawarkan hingga tak masuk akal tanpa memikirkan kesan jangka panjang.
Alamak panjang pula pendahuluan nie. Mari kita teruskan dengan membaca mengenai panduan kahs baju raya 2018.
Untuk tahun ke 3 Keluaran Kurta Lelaki Cirgaro Apparel pelbagai pembaharuan di buat dalam menghasilkan the “ultimate kurta” untuk peminat-peminat fesyen di Malaysia.
Pembaharuan yang dibuat adalah seperti berikut :
Fabrik
Melalui kerjasama erat kami dengan pengeluar fabrik diluar negara. Kami dapat menghasilkan fabric yang mengikut citarasa peminat-peminat fesyen lelaki di Malaysia. Fabrik yang digunakan pada keluaran terkini Aidilfitri 2018 adalah lebih lembut , selesa , dan tidak mudah renyuk.
Manakala penghasilan warna adalah lebih terang dan mengikut citarasa tempatan dimana tona warna maskulin seperti hitam , biru gelap , kelabu , coklat gelap dan biru sapphire dikekalkan untuk pilihan untuk para peminat fesyen tanah air.
Kami berani mengatakan bahawa fabrik Hybrita Cotton kali ini setaraf dengan jenama antara bangsa seperti Uniqlo dan Zara. Kenapa kami berani untuk claim sebegini ? Ini disebabkan kami sentiasa membandingkan kualiti fabric kami dengan jenama terkenal seperti Uniqlo dan Zara.
Tambahan lagi , fabrik kami telah ditambah dengan bahan khas iaitu catonic yarn dimana bahan khas ini memboleh kilang kain menghasilkan lebih banyak warna dalam pada masa yang sama mengekalkan warna tersebut kekal baru walaupun berulang-ulang kali dibasuh.
Jahitan
Kualiti jahitan pula menerima proses pembaharuan yang paling besar dimana pengenalan jahitan setaraf dengan standard antarabangsa iaitu – jahitan 12-15 SPI . Standard Jahitan 15 SPI sebenarnya telah diperkenalkan sejak dari keluaran awal 2018 iaitu kurta teluk belanga 2018 dan kemeja kurta denim 2018.
Hasil feedback dan pujian yang sangat positif dari para pelanggan yang membeli Kurta Teluk Belanga dan Kemeja Kurta Denim 2018 membuatkan standard 12-15 SPI digunakan pakai untuk semua keluaran busana Kurta Cirgaro Apparel.
Apa itu Jahitan 15 SPI ? Jahitan 15 SPI merupakan short form kepada “12 to 15 Stich per Inch”. Ianya merupakan standard antrabangsa yang digunakan untuk mengukur kehalusan jumlah jahitan di fabrik. Ianya bermaksud setiap inci jahitan perlu mempunyai 12 hingga 15 jahitan setiap inci.
Kilang pengeluaran baju pula kami mengunakan pakai konsep pengilangan antarabangsa dimana , setiap tukang jahit akan mengukur dahulu setiap bahagian yang ingin dijahit supaya sama dengan spesifikasi yang telah ditetapkan.
Ini menjamin busana tersebut terjamin kualiti jahitannya dimana baju tersebut lebih selesa dipakai dan lebih kukuh serta tidak mudah koyak. Secara tidak lansung semua kurta keluaran terkini Cirgaro Apparel boleh dipakai bertahun-tahun tanpa sebarang masalah jahitan.
Walaupun standard 12 -15 SPI ini menyebabkan kos jahitan setiap busana Cirgaro menjadi lebih tinggi tetapi kami lebih mementingkan kualiti dan kepuasan setiap pelanggan.
Rekaan dan Fesyen.
Walaupun kami bukan jenama "fashion designer" kami menitik beratkan soal fashion terkini tetapi turut mengabungkan elemen yang paling penting iaitu - soal praktikal.
Rekaan-rekaan kami adalah dari penguna untuk penguna. Ianya tidak berkiblatkan kehendak dan nafsu untuk berfesyen semata-mata.
Untuk tahun ini. Kami mengorak langkah dengan menawarkan 3 keluaran awal iaitu Kurta Teluk Belanga 2018 yang telah sold out , Kurta Kemeja Denim v2 , dan Kurung Moden Iris yang telah direstock berulang kami atas permintaan para pelanggan kami yang setia.
Untuk koleksi lebaran tahun ini fesyen kami meneruskan kesinambungan dengan menampilkan rekaan klasik , minimalis dan moden. Satu gabungan yang kami pastinya akan menawan hati anda.
Rekaan-rekaan busana kami di bangunkan secara inhouse oleh pemilik syarikat ini iaitu Encik Hafeez dan Puan Ilya. Kepada pelanggan yang telah membeli busana kami pastinya akan mengetahui bahawa semua busana Cirgaro Apparel mempunyai design language dan kelas yang tersendiri. Pendek kata , tak malu nak pakai la. Pasti ramai akan memuji.
Bagi kami kepuasan pelanggan yang mengayakan setiap busana Cirgaro Apparel pada hari penting mereka menjadi keutamaan kami.
>> Klik sini untuk melihat Kurta Moden terkini dari Cirgaro Apparel
Leave a comment
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.