Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Mawar Rashid x Cirgaro Apparel untuk Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro

Mawar Rashid x Cirgaro Apparel untuk Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro
Baju Kurung Kebaya

Mawar Rashid x Cirgaro Apparel untuk Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro

Cirgaro Apparel kali ini akan menampilkan artis popular tanah air – Mawar Rashid yang akan menjadi Duta kepada Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro.

Pemilihan Mawar Rashid selaku duta Cirgaro Apparel selari dengan konsep dan “design language” Koleksi Raya Wanita 2017 yang berkonsepkan fresh dan moden.

Baju Kebaya Mawar Rashid


Ramai yang tidak mengetahui bahawa Mawar Rashid merupakan peminat busana Cirgaro Apparel sejak lama lagi. Mengikut kata Mawar Rashid, peluang menjadi duta Cirgaro Apparel disambut dengan hati yang sangat terbuka.

Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro Apparel yang dilancarkan pada kali ini akan menampilkan 10 warna pilihan dalam Kurung Kebaya Queen manakala 4 warna pilihan pula ditawarkan dalam kategori Kurung Moden Peplum Neo.


Family Set Baju Raya 2017

Baju Kurung Kebaya menjadi pilihan Cirgaro Apparel design klasik ini diberi nafas baru dengan pengunaan fabrik yang premium dan eksklusif. Gubahan design Baju Kurung Kebaya Cirgaro Apparel di buat oleh lady boss kami @hanaelwena.

Pemilihan pattern baju kurung kebaya untuk koleksi Raya Cirgaro Apparel disebabkan baju kurung kebaya merupakan salah satu design baju kurung yang evergreen dan diminati oleh golongan muda atau tua sepanjang zaman. Ianya juga mudah digayakan dengan hiasan doko besi.

Baju Raya Family Set 2017

Cirgaro apparel juga tidak ketinggalan dalam mengikuti design terkini dan trending baju kurung moden yang digilai oleh semua peminat baju kurung di Malaysia. Baju Kurung Moden Peplum telah dipilih untuk Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro Apparel.

Baju Kurung Peplum ini turut direka khas oleh lady boss kami @hanaelwena. Tona warna gelap dipilih supaya ianya mudah dipadankan dengan koleksi Kurta NEO dan Koleksi Kurta Kurta Neo Kids. 

Sememangnya ramai akan rambang mata dengan Koleksi Baju Raya Wanita Cirgaro kerana terdapat 14 warna pilihan dan para pelanggan boleh memilih pilihan saiz S hingga XXL.

Semua potongan Baju Kurung Moden Cirgaro mengambil kira saiz wanita-wanita di Malaysia , dimana perhatian lebih diberikan kepada potongan yang selesa tanpa mengabaikan “perfect fit” apabila seseorang itu memakai busana Baju Kurung Moden Cirgaro.

Baju Kurung Kebaya Mawar Rashid


Mengenai fabrik pula , Busana Raya Wanita Cirgaro mengunakan fabrik yang sama seperti dalam Koleksi Raya Lelaki Cirgaro dimana Fabrik yang digunakan adalah “proven” dalam keselesaan apabila memakai dan turut juga mempunyai nilai eksklusif yang sangat tinggi.

Untuk pengetahuan semua , fabrik-fabrik Cirgaro Apparel merupakan sangat eksklusif dimana tiada jenama tempatan yang lain mengunakanya. Kedua-dua corak printed embossed di fabrik (kurung moden queen dan kurung moden Neo) meruapakan corak yang dihasilkan secara in house oleh Cirgaro Apparel.

Tambahan lagi apa yang lebih menarik dan unik mengenai Koleksi Raya Cirgaro Apparel adalah ianya sebenarnya dihasilkan dalam “Family Set” iaitu terdapat koleksi Kurta Lelaki  , Baju Kurung Moden , Kurta kanak-kanak dan Baju Kurung Moden Kanak-kanak yang sedondon turut ditawarkan dalam pakej harga yang sangat menarik.

Baju Kurung Family Set 2017

1 comment

Ade family set lagi tak untuk 2018 raya?

siti nurain

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Cirgaro Apparel akan berkampung di Mood Republik Perak Raya Fest 2017.
baju raya

Cirgaro Apparel akan berkampung di Mood Republik Perak Raya Fest 2017.

Bertempat di Kinta Riverfront Hotel , di tengah2 kota Ipoh akan berlansung festival fesyen yang gilang gemilang yang bakal menghimpunkan lebih daripada 100 jenama fesyen popular tanah air. Apa yang...

Read more
Kurta Lelaki Terkini dari Cirgaro Apparel | Kurta Uno Version 2
baju raya 2017

Kurta Lelaki Terkini dari Cirgaro Apparel | Kurta Uno Version 2

Sebenarnya kami telah lama bercadang untuk melancarkan kurta lelaki Uno Version 2 (sebelum bulan ramadah lagi). Tetapi pelancaran rasmi Kurta Uno Version 2 terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan...

Read more