Kurta Lelaki Plus Size 2XL , 3XL , 4XL Ready Stock di Cirgaro Plaza Shah Alam.
Namun untuk membangunkan Kurta Plus Size bukan lah mudah. Ini disebabkan golongan plus size atau sado telah biasa memakai t-shirt yang mengunakan fabrik mix cotton yang flexible dan strecthable.
Anda berbadan besar ? Sado ? Nak bergaya tapi takde brand yang support saiz badan anda ? Buang jauh-jauh kerisauan anda itu disebabkan Cirgaro Appparel kini tampil dengan kurta plus size 2XL , 3XL dan 4XL
Kurta Plus Size Cirgaro Apparel bukan sahaja tangkap muat tapi dibangunkan dengan khas dan teliti oleh Cirgaro Apparel sejak 2 tahun yang lepas !!!
Dahulu bila anda gemuk atau sado seringkali dianggap macam satu kesalahan jenayah dimana tiada siapa yang akan menyediakan keperluan fesyen untuk anda. Tidak cukup dengan itu , industri fesyen seolah-olah tidak mahu menjadikan plus size sebagai salah satu koleksi wajib dalam keluaran fesyen mereka.
Untuk pengetahuan anda , penulis juga berbadan plus size atau sado hehehehe. Sememangnya mencari pakaian untuk orang yang berbadan besar adalah sangat – sangat sukar. Jika ada pun ianya merupakan produk import yang tidak mengambil kira tubuh badan plus size asia terutamanya Malaysia.
Perkara ini bertambah buruk lagi apabila pemain fesyen tempatan tidak mempunyai kemahiran dan kefahaman lengkap mengenai plus size yang sesuai untuk dipakai oleh golongan lelaki di Malaysia.
Mereka juga lebih fokus kepada normal size disebabkan faktor – faktor dibawah :
- Normal size lebih mudah cepat untuk dihasilkan.
- Tidak mengunakan material fabrik yang banyak (kos penghasilan yang rendah).
- Mudah dipasarkan kepada pasaran. (pasaran yang besar).
Hasil daripada penelitian yang rapi terhadap pelanggan Cirgaro Apparel yang sering kali datang ke Butik Cirgaro Apparel di Plaza Shah Alam maka terhasillah Kurta Plus Size Cirgaro Apparel yang mempunyai saiz bermula dari 2XL , 3XL dan 4XL.
Pada para pelanggan Cirgaro Apparel telah sedia maklum bahawa Cirgaro Apparel sudah mempunyai Kurta 2XL dan 3XL sejak 2 tahun yg lepas. Lebih menarik , Kurta Plus Size Cirgaro Apparel bukanlah produk yang melepaskan batuk ditangga atau “hit and run” dan telah berbukti boleh dipakai oleh golongan plus size & sado di Malaysia.
Kepada pembaca diluar sana semua kurta plus size dibuat sama seperti koleksi kurta Cirgaro Apparel yang normal size yang lain dan mengunakan jahitan kemas SPI Global Standard dan Fabric Hybrita Cotton Japan.
Rekaan moden minimalist dengan ciri-ciri tradisional dikekalkan untuk semua SKU Kurta Plus Size Cirgaro Apparel.
Sememangnya kami di Cirgaro Apparel mengetahui bahawa geng-geng plus size dan sado nie tetap mahu bergaya sama seperti insan – insan yang lain.
Namun untuk membangunkan Kurta Plus Size bukan lah mudah. Ini disebabkan golongan plus size dan sado telah biasa memakai t-shirt yang mengunakan fabrik mix cotton yang flexible dan strecthable.
Manakala fabrik yang digunakan untuk Kurta – kurta Cirgaro tidak streachable. Oleh kerana demikian pastinya akan ada abang – abang plus size diluar sana yang tidak akan muat atau selesa apabila mengenakan pakaian Kurta Pakaian Cirgaro Apparel.
Kami sedia maklum tiada produk yang akan seratus peratus memenuhi kehendak setiap pelanggan. Percayalah kami telah sedaya upaya menbangunkan saiz khas untuk
Nasihat kami adalah – kami jemput semua peminat plus size dan sado diluar sana untuk datang ke Cirgaro Apparel untuk mencuba dan merasai kualiti dan pakaian plus size kami.
Namun jika anda tinggal berjauhan daripada Cirgaro Apparel , anda masih boleh mendapatkan Kurta Plus Size Cirgaro Apparel melalui saluran – saluran dibawah :
- Website rasmi Cirgaro Apparel : cirgaro.com / cgocotton.com
- Market Place Lazada : lazada.com/cirgaroapparel
- Market Place Shopee : shoopee.com.my/cirgaroapparel
- Market Place : zalora.com.my/cirgaroapparel
Dinasihatkan anda mengukur tubuh anda apabila anda memakai baju dan apabila mengukur tidak terlalu ketat bagi mendapatkan ukuran yang baik.
Apabila anda telah mendapatkan ukuran ditubuh badan anda. Bandingkan dengan size chart kami.
Jika ukuran badan anda KURANG dari minimum 0.5 inci atau 1 inci untuk mana – mana ukuran saiz kurta plus size kami bermakna anda boleh memakai dengan selesa kurta plus size Cirgaro Apparel.
Jika anda tidak muat juga apabila menerima kurta plus size Cirgaro Apparel , kami mengamalkan polisi penukaran saiz atau produk selama 7 hari setelah menerima pesanan anda.
Hubungi kami di talian hotline whatsapp kami iatu 016 8811 430 untuk menyatakan bahawa anda ingin menukar kurta plus size anda.
Polisi ini juga terpakai apabila anda membeli di Butik dan Promotion Booth Cirgaro Apparel dimana anda boleh menukar saiz , warna dan jenis jika pembelian anda mempunyai apa -apa masalah.
Dan untuk pengetahuan semua, Cirgaro Apparel sangat komited dalam menghasilkan stok plus size sepanjang tahun terutamanya pada waktu musim perayaan kelak.
Besar harapan kami golongan plus size dan sado dapat menerima Kurta Plus Size keluaran Cirgaro Apparel. Kami sangat berbesar hati jika anda dapat bergaya sama seperti insan – insan yang lain.
Jangan lupa untuk tag kami di instagram Cirgaro Apparel gambar dan kebahagian anda apabila mengenakan Kurta Plus Size kami.
Oh Yaa. Berikut merupakan senarai dan link lengkap Kurta Plus Size yang ditawarkan oleh kami.
- Kurta Bilal (lengan pendek)
- Kurta Umar Teluk Belanga
- Kurta Raihan Berkolar
- Kurta Rayyan Teluk Belanga
- Kurta Nanorism Teluk Belanga
- Kurta Syamsul Debat
Bagi yang tak confident nak beli melalui online , boleh datang ke butik kami yang dibuat setiap hari di Tingkat 1 dan Tingkat 2 - Plaza Shah Alam. Kami sedia membantu anda untuk lebih bergaya pada hari istimewa.
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.