Koleksi Kurta Lelaki Terkini , Rekaan Moden dan Berkualiti
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa golongan lelaki merupakan golongan "asal boleh" , "asal boleh pakai" atau "pakai apa yang ada" golongan ini sebenarnya mempunyai keperluan fesyen yang khas.
Menghasilkan fesyen untuk golongan lelaki di Malaysia sememangnya mencabar. Untuk menduga apa yang mereka mahukan memerlukan penelitian yang mendalam serta tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Di Cirgaro Apparel kami merupakan pengeluar yang aktif mengeluarkan pelbagai keluaran kurta sejak dari awal penubuhan kami. Ada diantara keluaran kurta dan dan baju melayu moden kami masih dikeluarkan sebagai keluaran evergreen sepanjang tahun dan tidak terhad untuk musim perayaan sahaja.
Perkembangan selepas pasca Covid-19 membuatkan para penguna lebih berhati-hati dalam perbelanjaan dan mencari produk pakaian yang paling berbaloi untuk mereka.
Berikut merupakan keluaran kurta dan baju melayu cekak musang / baju melayu teluk belanga. (Tidak termasuk keluaran wanita dan kanak-kanak Cirgaro Apparel).
- [TERBARU] Kurta Umar
- [TERBARU] Kurta Umar Kanak-Kanak
- [TERBARU] Kurta Rayyan
- [TERBARU] Kurta Rayyan Kanak-kanak
- [TERBARU] Kurta Raihan
- [TERBARU] Kurta Raihan Kanak-kanak
- [TERBARU] Kurta Bangsawan
- [TERBARU] Kurta Nanorisme Signature
- [TERBARU] Kurta Nanorisme Pastel
- [TERBARU] Kurta Mirza Nanorisme [Patterned]
- [TERBARU] Kurta Mahran Nanorisme [Patterned]
- [TERBARU] Kurta Daim [Patterned]
- [TERBARU] Kurta Khan [Patterned]
- Kurta Andika (Printed)
- Kurta Andika Kanak-Kanak (Printed)
- Kurta Nuha (Plain) 2021
- Kurta Rizqy (Printed) 2021
- Kurta Rizqy Kanak-Kanak (Printed) 2021
- Kurta Ghassan (Printed) 2021
- Kurta Ghassan Kanak-Kanak (Printed) 2021
- Kurta Aryan 2021
- Kurta Aryan Kanak-Kanak 2021
- Kurta Umar (Plain) 2021
- Kurta Umar (Plain) Kanak-Kanak 2021
- Kurta Teluk Belanga 2020
- Kurta Lelaki Aryan 2020
- Kurta Lelaki Ghassan 2020
- Kurta Lelaki Casildo 2020
- Kurta Kanak-Kanak Aryan 2020
- Kurta Kanak-Kanak Casildo 2020
- Kurta Kanak-kanak Ghassan 2020
- Koleksi Kurta Lelaki untuk Raya 2019
- Kurta Teluk Belanga Klasik 2019 | Red Label Series
- Kurta Uno 2019 | Red Label Series
- Kurta Teluk Belanga Klasik 2018 - SOLD OUT
- Kurta Uno V3 2018 - Limited Unit Available - NOW ON SALE
- Kurta Bangsawan 2018 - Limited Unit Available - NOW ON SALE
- Kurta King Luxe 2018 - Limited Unit Available - NOW ON SALE
- Baju Melayu Klasik - Limited Unit Available
- Kurta Bangsawan 2016 / 2017 - Keluaran Evergreen sehingga kini.
- Kurta Uno Version 1 2016 - SOLD OUT
- Kurta King 2016 / 2017 - Keluaran Evergreen sehinnga kini.
- Kurta Safari Denim 2016 / 2017- Limited Production
- Kurta Neo 2017 - In Stock Limited Unit Available
- Kurta Uno Version 2 2017 - In Stock Limited Unit Available
- Kurta Teluk Belanga 2017 - In Stock
- Jubah Marhaen Version 1 - SOLD OUT
- Jubah Marhaen Version 2 - In Stock Limited Unit Available
- Jubah King - In Stock Limited Unit Available.
Walaupun ramai yang mengatakan bahawa golongan lelaki merupakan golongan "asal boleh" , "asal boleh pakai" atau "apa yang ada" golongan ini sebenarnya mempunyai keperluan fesyen yang khas.
Bergantung terhadap target market sesuaitu produk tersebut kami di Cirgaro Apparel telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri unik yang golongan lelaki dewasa mahukan.
Kurta Cirgaro Apparel turut menawarkan kurta kanak-kanak yang sedondon untuk anak lelaki.
[TERBARU] Kurta Umar Teluk Belanga yang mempunyai 30 warna baru.
Diantara ciri-ciri yang kami nampak ialah ;
- fesyen tersebut perlu mempunyai element minimalist digabungan nilai nusantara dan nilai moden moden.
- berkualiti tinggi dan tahan lama.
- harga berpatutan.
- pola sizing tidak mengelebeh apabila di pakai.
- pilihan warna lelaki seperti warna-warna gelap.
- kemudahan untuk membeli secara offline (boutique) dan online.
Soal aspek seperti pattern, fabrik dan sizing adalah kritikal sangat perlu diambil berat. Pada hari ini admin mengajak anda semua memperhalusi setiap aspek dibawah
A. Pattern
Fesyen baju lelaki adalah sgt konservatif. Seringkali diabaikan oleh perekapereka fesyen. Mereka seringkali tidak mengambil kesesuaian dan kegemaran orang lelaki yang tidak adventurous dalam pemilihan fesyen.
Melalui field studies yang dibuat oleh kami, sebenarnya ramai lelaki mahukan sesuatu yg baru tetapi secara serdahana dalam fesyen harian mereka. Golongan lelaki bukan tidak mahu bergaya tetapi kebanyakan fesyen contoh : fesyen lelaki yg dibawah dari korea tidak sesuai dengan kemahuan golongan lelaki di Malaysia.
Berkata mengenai kurta, Kurta - sering dikaitkan dengan fesyen yang berasal daripada wilayah India, Pakistan, dan Bangladesh , tetapi ianya mudah diterima oleh masyarakat Melayu di Malaysia setelah disesuaikan dengan kemahuan dan kehendak golongan lelaki di sini.
Kenapa ianya mudah diterima ? Fesyen kurta itu sendiri tidak melampau dan mudah digayakan tanpa aksesori. Sebenarnya persamaan baju kemeja dan kurta adalah tidak jauh beza.
Lebih menarik, sudah ada yang beranggapan bahawa kurta moden adalah evolusi kepada baju melayu tradisional.
Sejak dari tahun 2018 kami juga mengabungkan elemen baju klasik melayu dengan elemen moden untuk Kurta Teluk Belanga Klasik , Kurta Uno , dan Kurta Bangsawan.
Hasilnya koleksi kurta kami berjaya menggabungkan eleman klasik dan moden yang sangat bergaya untuk dipakai tanpa dipandang "over design".
Cirgaro Apparel sentiasa menghasilkan kurta moden yg pattern yg minimalist , tidak sarat dan paling penting "look sharp" walaupun anda tidak memiliki tubuh badan seorang model !
B. Fabrik
Pelik tak sebelum nie Fesyen baju melayu, seringkali mengunakan kain jenis Koshibo dan Satin yang mana fabrik-fabrik nie tidak breathable dan kurang sesuai utk dipakai dengan cuaca Malaysia.
Memang terdapat ada sedikit pengeluar fesyen yg mengeluarkan baju melayu yang mengunakan fabrik kapas (baca Cotton) tetapi consumer masih mempunyai stigma fabrik cotton senang kedut , warna tidak menarik dan sangat mahal.
Cirgaro melalui jaringan pembekal dan kilang fabrik dari luar negara (Korea Selatan , China dan Jepun), Kami memperkenalkan Hybrita Cotton Dan Hybrita Cotton Linen yg menepati kehendak consumer di Malaysia.
Ciri-ciri fabrik khas Hybrita Cotton Japan ini ialah :
1. Highly Breathable - tidak panas
2. TIDAK mudah berkedut
3. Mudah Iron dan tidak berbulu.
4. Warna lebih terang dan menarik
5. Warna Tahan lebih lama.
6. Rasa sgt lembut dan selesa apabila dipakai.
C. Saiz @ Sizing
Apabila proses membuat pola saiz baju bermula untuk mana keluarkan cirgaro. Kami tidak akan meniru dan mengambil bulat bulat ukuran saiz mana-mana brand.
Kami bermula zero dengan mengukur semula badan rakan rakan Cirgaro dan mengambil tahu feedback daripada mereka. Maklumat daripada feedback ini kami akan terapkan di dalam ukuran pola sizing kami.
Sehingga kini setelah kami menghasilkan pelbagai produk fesyen, kami sering kali mendapat pujian daripada para pelanggan mengatakan sizing kami bertepatan dengan tubuh badan mereka.
Tambahan lagi dengan mengambil kira bentuk tubuh badan Cirgaro Apparel, kami juga menambah koleksi saiz kami bermula S , M , L , XL , 2XL , 3XL dan 4XL.
Oleh kerana demikian, ketahuilah kurta yang dihasilkan oleh Cirgaro Apparel bukanlah kurta biasa.
Terkini selepas sambutan luar biasa terhadap Kurta yang mengabungkan elemen Kolar Teluk Belanga , kami meneruskan keluaran kurta yang mengunakan elemen teluk belanga sehingga kini.
Untuk pengetahuan semua. Kurta Teluk Belanga telah memasuki fasa kematangan dimana ianya telah memasuki generasi yang ke 10 dan masih menerima sambutan yang mengalakan para pelanggan.
Kurta ini merupakan gabungan elemen moden dan tradisional dan merupakan design kesinambungan daripada keluaran Kurta Uno Version 1 yang telah sold out dalam waktu yang singkat.
Disebabkan sambutan yang sangat mengalakan untuk Kurta Teluk Belanga - Design Kurta Teluk Belanga dibahagikan kepada 2 iaitu :
Kami telah melancarkan Kurta Neo Lengan pendek yang mengabungkan rekaan yang disukai ramai - teluk belanga (tanpa kolar).
Kurta Neo Lengan Pendek direka untuk memudahkan kaum lelaki untuk bergaya dengan imej maskulin yang tersendiri tanpa pergi jauh dari imej konservatif.
Kurta Neo Lengan Pendek ini dilancarkan dengan saiz S hingga 3XL dalam 3 warna berbeza iaitu :
- Warna Hitam Kelabu
- Warna Merah Maroon
- Warna Biru Muda
Kepada pembaca diluar sana boleh luangkan masa untuk membaca artikel kami di sini :
Rahsia Trend Fesyen Lelaki Tahun 2019 Yang Anda Perlu Tahu.
Terkini kami telah melancarkan koleksi baju raya yang paling "most wanted". Click di link dibawah untuk melihat koleksi terkini kami.
Rekaan busana Koleksi Kurta - Kurta Cirgaro mengekalkan semua ciri-ciri penting Kurta keluaran lama diantaranya adalah – Versatile / Kepelbagaian. Tidak kira ke surau depan rumah atau hotel lima bintang di kota raya – Kurta Kurta Cirgaro akan tetap selesa digayakan tanpa usaha yang lebih (effortless) serta menyerlahkan lagi keperibadian si pemakaian.
Bagi membolehkan Kurta kami boleh dipakai ke pejabat atau majlis rasmi, kami menawarkan Kurta yang berkolar iaitu - Kurta Uno dan Kurta CGO supaya ciri -ciri maskulin seorang lelaki itu dapat di “highlight”.
Sehingga kini kurta keluaran Cirgaro Apparel masih menjadi carian utama dalam google search (secara organik).
Jika kita lihat gambar diatas , Kurta Cirgaro merupakan jenama kurta yang mendapat sambutan yang utama dalam listing utama di dalam page pertama Google Search.
Ini membuktikan Kurta Cirgaro merupakan Kurta paling popular secara organik dan tidak salah untuk kami claim Koleksi Kurta - Kurta Cirgaro merupakan kurta paling popular di Malaysia tanpa membuat publisiti murahan.
Disebabkan juga itu ramai pengemar fesyen lelaki di Malaysia , Singapura , dan Brunei memiliki 3 – 4 warna koleksi kurta - kurta Cirgaro sepanjang Kurta Cirgaro di pasaran.
Sedikit tambahan kepada Kurta Teluk Belanga. Rekaan ini semakin popular disebabkan rekaan asalnya yang ringkas terutamanya bahagian kolar. Bagi yang tidak tahu apa itu teluk belanga , - bahagian kolar ianya menyerupai baju kurung wanita.
Walaupun begitu , semakin ramai menyukai Kurta Teluk Belanga Klasik / Baju Melayu Teluk belanga yang serba ringkas dan mudah dipakai seperti round neck t-shirt.
Hadir dalam saiz bermula S hingga 4XL, Kurta Teluk Belanga direka dengan mengunakan falsafah “consumer first” yang mahukan baju semudah memakai t-shirt.
Disebabkan falsafah “consumer first” kurta teluk belanga klasik hadir dalam pelbagai warna berbeza dan boleh dipadankan dengan keluaran baju perempuan dan baju kanak-kanak kami.
Sebagai contoh , setiap keluaran blouse , baju kurung , kurung moden , dan kebaya kami mempunyai pilihan warna yang boleh dipadankan dengan Koleksi Kurta Lelaki Cirgaro Apparel untuk dijadikan couple set (sedondon).
Jika anda memilih busana ini sebagai first day outfit sekali pun pastinya anda tidak akan kecewa dan akan tampil segak dan bergaya terutamanya bila dipadankan dengan songkok mahupun berkain pelikat dan seluar jeans.
Kurta Uno V5 - Kurta Moden Lelaki.
Jika anda peminat pakaian modern kontemperari yang bercirikan kontemperari , Kurta Uno Version 5 merupakan busana pilihan tepat anda.
Kurta UNO Version 5 ini sesuai dengan citarasa muda yang mengemari ciri ciri moden pada pakaianya. Butang 4 segi eksklusif menambahkan ciri-ciri khas yang menampakan kelainan Kurta UNO ini.
Kami mengekalkan hampir 70 % ciri-ciri lama Kurta Uno Version 2 iaitu mengekalkan 4 butang hingga ke bahagian kolar. Kolar Mandarin pula di kekalkan seperti biasa. Cuma apa perbezaaan pada kali ini adalah kami menambah poket di sisi kiri dan kanan baju.
Baju Melayu Moden Cirgaro - Gabungan Rekaan Klasik dan Moden.
Citarasa tradisional dan moden menjadi tema penting pada tahun ini. Kami menampilkan rekaan busana busana baju melayu tanpa pesak dan poket bawah tetapi masih mengekalkan kolar cekak musang (berbutang 5).
Rekaan baju melayu kami direka sejak dari awal lagi boleh dipakai sebagai kurta dan boleh digayakan dengan seluar jeans , seluar slack hatta dengan kain pelikat.
Potongan “cutting” seluar pula merupakan potongan selesa tanpa mengabaikan citarasa moden yang kecil dibahagian lutut hingga ke kaki seluar.
>> Baca dengan lebih lanjut sejarah Baju Melayu.
[UPDATE PKP] Online store kami beroperasi seperti biasa sewaktu PKP. Delivery postage akan dilakukan setiap hari ke seluruh negara , Singapura , Thailand , Brunei dan Australia. Boleh berhubung dengan talian whatsapp kami di 016 8811 430 untuk sebarang pertanyaan.
Boleh tonton dibawah tutorial bagaimana untuk membeli di cirgaro.com.
9 comments
Berminat pada Kurta uno (Lengan panjang n pendek).jika beli secara borong.pakej macam mana.berapa warna untuk model uno ini?.
Ahmad Muhammad
salam..boleh tahu senarai harga borong kurta..0179053056..
liza
nak tau harga borong kurta,rasa berminat nak jual
norisah
Kurta teluk belanga klasik warna dusty pink size s ada stock ke??..lokasi kedai dekat mane ??..
Wan Mohd Hirzi
Assalammualaikum….saya berminat nak beli kurta,jubah dari pihak tuan…
Nuurulain
Askum.
Kurta UNO V3?
Baagaimana nak buat pesanan?
Terima kasih. Wassalam.
Zainal Abidin Z A.Talib
Kurta teluk belnga 2xl
Ina
asalamualaikum,
mcm mana untuk membuat pesanan….
ok t/k
CHE YAZIZ BIN CHE MAN
Assalamualaikum, saya berminat untuk belian secara borong. Boleh bagi info tak berkenaan syaratnya cik. Saya sedang cari pembekal untuk bulan puasa ni.
Alias
Leave a comment
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.