Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kurta Edisi Khas Syamsul Debat

Kurta Edisi Khas Syamsul Debat
kurta lelaki

Kurta Edisi Khas Syamsul Debat

Pengenalan:

Dalam dunia ceramah motivasi tanah air, Syamsul Debat adalah nama yang cukup terkenal dan menjadi rebutan jabatan kerajaan , syarikat swasta , masjid dan surau untuk datang memberi ceramah yang lebih mengkhususkan kepada motivasi kekeluargaan.

Kebanyakan orang ramai sebenarnya terkeliru dimana Syamsul Debat bukan ustaz dan mempunyai latar belakang yang berpendidikan agama tetapi sebenarnya beliau lepasan ijazah undang-undang. Walaupun begitu beliau tetap mendapat undangan masjid dan surau dari seluruh negara dalam menyampaikan ceramah motivasi yang bercirikan kekeluargaan.

 

@cgocotton

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada insha Allah hidup kita rasa sempurna😊

♬ original sound - CGO Cotton

 

Apa yang menarik mengenai Syamsul Debat ialah penyampaian ceramah yang tidak bosan. Seringkali ceramah beliau sangat digemari oleh para hadirin dimana corak penyampaian ceramahnya yang memberi manfaat, santai dan sering disulam dengan lawak-lawak yang relevan.

Kurta Syamsul Debat

Disebabkan itu, Syamsul Debat setiap hari menerima jemputan untuk berceramah disebabkan kualiti penyampaian ceramah beliau yang sangat digemari oleh para pendengar. Sehingga artikel ini ditulis. Jadual ceramah Syamsul Debat penuh sehingga bulan Julai, 2024. 

Begitulah populariti Syamsul Debat sehinggakan media massa seperti TV Al-Hijrah dan Radio Sinar seringkali menjemput Syamsul Debat menjadi jemputan dalam rancangan mereka. Di media sosial pula, Syamsul Debat menjadi penceramah popular dimana Tiktok Syamsul Debat mempunyai 1 Juta Follower!   

Gaya kurta Syamsul Debat adalah tidak lengkap tanpa menyebut koleksi Kurta Edisi Khas yang istimewa. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan sebuah kerjasama diantara CGO Cotton dan Syamsul Debat dalam menghasilkan Kurta Edisi Khas Syamsul Debat.

Kurta Edisi Khas Syamsul Debat.

Ianya bukan sekadar sebuah keluaran yang hanya untuk mendapatkan keuntungan tetapi sebuah keluaran Kurta yang mengikut pengalaman oleh CGO Cotton yang berorientasikan kepada peminat-peminat fesyen kurta.

Kurta Edisi Khas Syamsul Debat mempunyai ciri-ciri khas yang berikut.

  • 18 warna serba baru yang mengikut citarasa rakyat Malaysia.
  • Saiz bermula S hingga 4XL
  • 2 Poket sisi yang boleh memuatkan aksesori harian anda.
  • Butang Aloi yang eksklusif (Anti Karat).
  • Kurta

Keanggunan dan Tradisi:

Salah satu ciri yang paling menarik dalam Kurta Syamsul Debat adalah reka bentuk, corak, dan warna yang segar yang beliau pilih sendiri. Kurta Edisi Khas Syamsul Debat didatangkan dalam pattern teluk belanga yang sinonim ngan pakaian tradisional Malaysia.

 

@cgocotton Kurta Edisi Khas SD Sufian Suhaimi sendiri dah cuba tau kurta ni ! Saiz dari S hingga 4XL dan ada 18 warna. Boleh terus ke beg kuning #sufiansuhaimi #syamsuldebat #cgocotton #cgoxsd #plazashahalam #kurta ♬ original sound - CGO Cotton

 

Tambahan lagi, rekaan lengan 3 suku dipilih oleh beliau sememangnya citarasa klasik. Pilihan ini mencerminkan penghargaannya terhadap estetika tradisional dan keinginannya untuk kurta edisi khas ini kelihatan elegan.

Keselesaan adalah Utama:

Kurta Syamsul Debat bukan hanya tentang penampilan; ia juga tentang keselesaan. Kurta, dengan potongan longgar dan berangin, adalah pilihan yang sempurna untuk iklim tropika Malaysia. Syamsul Debat dengan jelas memahami nilai keselesaan ini, dan memilih fabrik linen yang sangat selesa untuk dipakai menjadi fabrik Kurta Edisi Khas Syamsul Debat.

Memelihara budaya tradisi Malaysia dalam dunia moden.

Kurta Syamsul Debat memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kehadiran Malaysia dalam arena fesyen global. Ini bukan sekadar tentang fesyen; ia juga tentang memelihara warisan budaya dan merangsang kreativiti dalam industri fesyen tempatan.

Selain daripada itu, pihak Syamsul Debat dan CGO Cotton berharap dengan keluaran khas ini dapat :

Memelihara Warisan Budaya

Gaya kurta unik Syamsul Debat mencerminkan perpaduan fesyen klasik nusantara yang tradisional dengan sentuhan dunia moden. Ia merupakan contoh yang baik tentang bagaimana fesyen boleh menjadi medium untuk memelihara dan menghargai warisan budaya.

Menginspirasi Generasi Muda

Beliau telah menjadi inspirasi kepada generasi muda, mendorong mereka untuk menghargai nilai pakaian tradisional dan menggabungkannya dalam gaya hidup mereka. Ini memastikan bahawa warisan budaya terus berkembang.

Mempromosikan Fesyen Malaysia

Kurta Syamsul Debat juga telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan industri fesyen dikalangan hadirin ceramah beliau. Beliau sering memakai kurta buatan Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang bakat dalam arena fesyen tempatan.

 

@cgocotton pakai baju gatal gatal ? Ha ni dengar nasihat @Syamsuldebat ni ! Tekan beg kuning 🛍️ #cgocotton #syamsuldebat #kurtasd #kurta #umrah ♬ original sound - CGO Cotton

 

Kesimpulan

Kurta Syamsul Debat lebih dari sekadar pakaian; ia merupakan satu bentuk seni dan harta budaya. Ikon fesyen ini tidak hanya memelihara identiti Malaysia. tetapi juga telah menginspirasi banyak orang untuk memasukkan unsur tradisional dalam gaya mereka. Syamsul Debat telah membuktikan bahawa kurta boleh menjadi pilihan yang serba boleh dan memukau, menjadikannya ikon selebriti yang patut diikuti dan menjadi contoh.

>> Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Kurta Syamsul Debat

>> Klik sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut Kurta Syamsul Debat  

Leave a comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

kurta teluk belanga baby blue

Kurta Elegan dan Trendy dan Cara Menambah Pendapatan melalui Affiliate Marketing CGO Cotton.

Fesyen adalah salah satu aspek yang tidak pernah lekang oleh masa. Di Malaysia, pelbagai jenis pakaian tradisional dan moden bersaing untuk mendapatkan perhatian ramai. Salah satu pilihan yang sema...

Read more
baju untuk kenduri khawin sebagai tetamu
Baju Kenduri Khawin

Baju untuk Kenduri Khawin (Sebagai Tetamu): Tips Memilih Pakaian yang Tepat

Kenduri khawin adalah salah satu acara paling penting dalam budaya Melayu, dan sebagai tetamu, pemilihan baju yang sesuai adalah sesuatu yang penting. Ini bukan sahaja menunjukkan rasa hormat kepad...

Read more