Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Fesyen Terkini Wanita Malaysia untuk Tahun 2021.

Fesyen Wanita 2021
aeon kota bharu

Fesyen Terkini Wanita Malaysia untuk Tahun 2021.

Kini atas permintaan ramai,  Cirgaro Apparel menampilkan fesyen kasual terkini bagi memenuhi kehendak para pelanggan Cirgaro Apparel khususnya wanita.

Pada 26 Jun 2020 Cirgaro Apparel mengorak langkah lagi dengan pembukaan butik terbaru mereka di Plaza Shah Alam yang lebih fokus kepada pakaian wanita.

Pembukaan butik baru ini bertempat di Tingkat 2 Plaza Shah Alam di (atas butik kami yang pertama di tingkat 1.) 

(Anda hanya perlu naik ekskalator dari hadapan butik kami di tingkat 1  untuk naik ke atas ke tingkat 2).

Butik Cirgaro Apparel Level 2 Plaza Shah Alam

Mengikut perancangan yang asal, Butik Terbaru Cirgaro Apparel ini sepatutnya dibuka pada awal bulan Mac 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan oleh kerana disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan  (PKP Covid 19) yang dikenakan diseluruh negara.

Alhamdullilah , Cirgaro Apparel sempat membuka butik terbaru kami untuk melancarkan Koleksi Raya Wanita Cirgaro Apparel untuk tahun 2020.

Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2020 ini menjadi memori yang tidak boleh dilupakan oleh semua rakyat Malaysia. Buat pertama kali Hari Raya disambut dengan amat serdahana oleh umat Islam di Malaysia.

Kini atas permintaan ramai,  Cirgaro Apparel menampilkan fesyen kasual terkini bagi memenuhi kehendak para pelanggan Cirgaro Apparel khususnya wanita.

Fesyen Casual ini dilancarkan khas untuk tahun 2021 yang terbahagi kepada 4 fasa. Koleksi untuk Fasa yang pertama ini akan dilancarkan secara berperingkat.

(Sila ikuti Sosial Media kami di Facebook dan Instagram untuk update terkini). 

Konsep fesyen casual yang ditampilkan pada kali ini adalah menekankan kebebasan dan keselesaan untuk bergerak disamping kekal bergaya mengikut trend semasa.

Walaupun begitu, fesyen casual yang dilancarkan kali ini masih sopan digayakan di negara kita.

Pengunaan fabrik yang lembut dan “breathable” seperti Cotton dan Rayon di tekankan untuk keseluruhan koleksi fesyen casual Cirgaro Apparel yang baharu ini.

Warna dan Corak baharu juga ditampilkan agar koleksi terbaru kami tampil segar dan bergaya. 

Fasa 1 mula dilancarkan pada 5.9.2020 dan mula boleh dibeli secara online dan juga di butik kami di Plaza Shah Alam. 

Untuk Koleksi Fasa 1 ini Cirgaro Apparel menampilkan 6 jenis keluaran terbaru iaitu (boleh click di link tersebut) 

  1. Kiera Maxi Dress
  2. Blouse Wanita Helena 
  3. Skirt Labuh (Plain) 
  4. Skirt Labuh (Printed) Ayla 
  5. Kemeja Wanita (Checkered)
  6. Dress Labuh Wanita (Checkered)

Kiera Maxi Dress

Kami mengunakan fabric Cotton Rayon yang sememangnya terkenal dengan sifat nipis , ringan tetapi sangat selesa untuk dipakai. Fabrik ini juga digemari ramai disebabkan ianya tidak panas.

Pattern Maxi Dress kali ini digunakan dengan tambahan ruffle di bahagian hujung tangan maxi dress dan tiered ruffle di bahagian kaki kain.

Sememangnya memakai busana “one piece” ini memudahkan para si pemakai kerana tidak perlu pening memikirkan untuk padanan warna seluar / skirt.

Satu perkara yang melucukan didalam pembangunan keira dress ini adalah – ianya mudah disalah ertikan sebagai busana jubah wanita. Sememangnya maxi dress dan jubah moden wanita di malaysia agak sukar dibezakan.

Keira Maxi Dress 2021

Namun begitu potongan polos Dress Keira ini membuatkan pemakai akan selesa bergerak ke sana sini terutamanya jika anda pergi bercuti bersama keluarga.

Untuk soal umur – tidak kira tua atau muda. Keira Dress adalah sesuai untuk digayakan untuk semua peringkat umur.

Lebih menarik , Keira Dress senang dan boleh dipadankan dengan aksesori tambahan yang lain seperti – topi besar dan tali pinggang.

Keira Maxi Dress Dark Blue 2021

Kiera Dress menawarkan saiz S , M hingga L.

Click sini untuk shopping Keira Dress 2021. 

Skirt Labuh Plain dan Printed.

Atas sambutan yang sangat mengalakan Koleksi Skirt yang kami lancarakan pada awal tahun 2019. Koleksi terbaru skirt kami kini tampil dengan corak baharu dan warna baharu.

Koleksi Skirt untuk tahun 2021 ini juga mempunyai warna hitam plain dan juga warna mustard plain.

Koleksi Skirt Plain ini sangat mudah untuk digayakan dengan mana-mana baju samaada baju tersebut bercorak atau plain.

Skirt Labuh Cotton Printed 2021

Bagi mereka yang suka berfesyen – kami juga menawarkan corak skirt yang berwarna moden dan mengikut trend terkini.

Pada sesiapa yang memakainya akan tampil sangat bergaya tetapi tidak terlalu menonjol.

Kedua-dua Skirt Labuh ini dijahit mengunakan fabrik Cotton yang berkualiti, “breathable” dan paling penting - mudah digosok.

Potongan skirt yang labuh dan besar dibawah membuatkan si pemakai selesa sepanjang hari dan bebas bergerak kemana sahaja.

Skirt ini boleh digayakan secara "tuck in" atau "tuck out" mengikut citarasa si pemakai.

Skirt Labuh Plain

Kami juga menampilkan rekaan jahitan pinggang yang bergetah agar mudah dipakai dalam pada masa yang sama terdapat kancing untuk lebih keyakinan dibahagian pingang.

Poket juga dijahit secara rapi di bahagian kiri dan kanan skirt agar mudah untuk si pemakai untuk menyimpan barangan kecil seperti kunci kereta dan handphone.

Kesemua Koleksi baharu Skirt Labuh ini ditawarkan dalam "Freesize" yang sesuai untuk saiz S , M , L dan juga "Plus Size" yang sesuai untuk saiz XL hingga 3XL. 

Printed Long Skirt Plaza Shah Alam

Click sini untuk untuk terus ke Ayla Skirt 

Seterusnya kami juga melancarkan koleksi blouse terbaru kami - Helena yang diperbuatkan dari fabric Cotton yang mudah digosok. 

Rekaan yang ringkas dan longgar akan membuatkan si pemakai bebas bergerak. Walaupun begitu , si pemakai tetap akan bergaya dengan warna-warna yang ditawarkan. 

Seperti kita maklum, Blouse sememangnya mudah digayakan dengan dengan skirt atau seluar jeans. 

Helena Blouse

helena blouse

Click sini untuk melihat koleksi Helena. 

Untuk koleksi Helena Blouse ianya hadir dalam saiz S hingga 2XL. 3 warna moden Dusty Yellow , Dusty Green dan Lilac ditawarkan untuk masa kini. 

Untuk melihat koleksi Fesyen Terkini Baju Kurung Moden untuk raya tahun ini boleh lihat di link ini. 

>> Koleksi Baju Kurung Moden Cirgaro Apparel untuk Raya 

 

 

 

 

Leave a comment

This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.

All comments are moderated before being published.

Read more

Kurta Kanak-Kanak Lelaki Yang Sedondon Dengan Kurta Dewasa.
Fesyen Sedondon

Kurta Kanak-Kanak Lelaki Yang Sedondon Dengan Kurta Dewasa.

Fabric baru ini diperbuat daripada 100% kapas (cotton) yang pastinya sangat selesa untuk dipakai oleh si kecil yang sememangnya aktif bergerak sepanjang hari.  UPDATE TERKINI UNTUK RAYA 2022.  U...

Read more
Kain Pelikat 2021
atlas

Kain Pelikat Warisan Busana Melayu Sejak Berzaman

Ya, memakai kain pelikat sebenarnya bermula dari budaya Arab. Kain pelikat merupakan antara fesyen pakaian yang khas untuk lelaki yang sangat jarang dibincangkan. Didalam artikel ini kita akan meng...

Read more