Couple Set Kemeja Batik dan Kebaya Batik yang Pertama di Malaysia - Sedondon di Hari Lebaran.
Dipopularkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin , fesyen ini semakin mendapat tempat dan mula popular di sekitar bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia.
Sesungguhnya perkembangan fesyen lelaki semakin menarik. Golongan lelaki telah bosan asyik memakai baju kemeja lengan pendek yang plain dan kotak-kotak. Kami (lelaki) mahukan sesuatu yang segar dan menarik untuk dipakai terutamanya ke majlis-majlis social.
Dalam pada masa yang sama, kami juga mahukan sesuatu yang melambangkan identiti Ketimuran. Batik adalah jawapanya. Dengan ketibaan fesyen kemeja batik lengan pendek di Malaysia. Kami turut menawarkan kemaja batik keluaran khas kami dalam kuantiti terhad.
Dipopularkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin , fesyen ini semakin mendapat tempat dan mula popular di sekitar bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia.
Walaupun kita telah lama mewajibkan pemaikaian batik terutamanya untuk kakitangan kerajaan pada setiap hari khamis. Batik keluaran jenama-jenama “old skool” sepert nor arfa batik tidak menambat sepenuhnya hati peminat fesyen dari golongan lelaki.
Ini disebabkan Batik keluaran Malaysia lebih feminin dan sangat jarang menawarkan warna-warna lelaki seperti merah , coklat , dan biru gelap. Tidak dinafikan hampir 99.9% peratus kemeja batik lengan pendek yang ada dipasaran didatangkan dari Indonesia.
Kenapa batik dari Indonesia menjadi pilihan ? Seperti dibincangkan diatas batik keluaran Indonesia tampil dengan warna-warna lelaki yang gelap. Sangatlah jarang untuk mendapatkan kemeja batik malaysia yang berlengan pendek.
Sedikit informasi mengenai perbezaan batik Indonesia dan batik Malaysia adalah seperti berikut :
- Batik Indonesia mempunyai corak dan detailing yang sangat padat berbanding batik Malaysia yang mempunyai corak yang agak lapang diantara satu motif ke motif yang lain.
- Batik Malaysia hanya mengunakan motif tumbuhan dan geometri menakala batik Indonesia mengunakan motif binatang , serangga , awan geometri dan tumbuhan.
- Warna Batik Malaysia lebih terang dan menarik tetapi lebih sesuai digayakan oleh golongan wanita berbanding lelaki.
- Batik Malaysia banyak dikeluarkan mengunakan fabric sutera dan satin. Yang mana lebih mahal dan lebih sesuai dengan golongan wanita berbanding dengan batik Indonesia yang lebih banyak mengeluarkan batik mereka dalam fabric cotton.
Imej corak batik “tiles” pula menambahkan lagi citarasa moden tanpa meninggalkan ciri-ciri ketimuran. Tanpa menampakan terlalu batik Indonesia.
Hadir dalam 3 warna “lelaki” iaitu merah , coklat dan biru gelap. Koleksi khas batik yang istimewa ini merupakan jawapan yang memenuhi kehendak di atas. Kolar stail cutaway dipilih untuk menambahkan lagi nilai eksklusif.
Kami memilih stail cutaway (yang agak jarang jenama lain buat) adalah disebabkan kolar jenis ini lebih sesuai dan cantik apabila dipakai tidak berbutang hingga ke atas (button up). Kami juga menutup kesemua butang dengan fabrik bagi menampilkan sedikit kelainan dan mengemaskan lagi rekaan kemeja batik ini.
Standard mutu jahitan dan fabrik yang tinggi yang diguna pakai untuk semua koleksi kami pada tahun ini turut digunakan pakai untuk keluaran yang terhad ini. Kami menjemput anda semua untuk ke butik kami di Plaza Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hinggal 10 malam untuk merasai sendiri mutu yang kami katakan.
Seperti kebiasaan kemeja batik kami didatangkan dengan pasangan kebaya batik yang turut mempunyai corak dan motif yang sama yang pertama di Malaysia. Klik disini untuk melihat couple set sedondon Kebaya Batik.
Kemeja ini minimalis – sangat sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan fesyen berkemeja batik. Ketampanan dan kehenseman apabila memakai busana batik kami adalah didatangkan secara percuma didalam satu pakej.
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.