Cirgaro Apparel akan hadir ke Mood Republik Tour Penang 2017
Hi semua , dah lama benar , team Cirgaro tak turun event Mood Republik kan ? Bukan ape , kami agak sibuk dengan persiapan koleksi raya 2017 dan pemindahan butik baru ke Plaza Shah Alam yang mengambil masa yang agak lama.
Oleh kerana demikian , warga utara semua dan para peminat fesyen tanah air boleh datang beramai2 ke Mood Republik Tour Penang yang akan berlansung di Sunway Carnival Convection Center Seberang Jaya Penang pada 29 & 30 April 2017 ini.
Ikuti LIVE harian Mood Republik Tour Penang di instagram mereka Klik sini.
Pelbagai jenama2 yang besar tempatan akan turut bersama-sama dalam Festival Mood Republik ini yang menghimpunkan hampir 100 vendor dibawah satu bumbung.
Yang lebih menarik pada tahun ini. Mood Republik Tour Penang 2017 tidak hanya terhad kepada jenama fesyen , tetapi mula membuka pintunya untuk jenama-jenama kecantikan terkemuka negara turut bersama dalam temasya gilang gemilang ini.
Khas untuk MR Tour Penang 2017 pihak Cirgaro Apparel akan menampilkan Kurta NEO , Kurta King, Kurta Prince, dan Jubah King serta Jubah Prince yang merupakan KOLEKSI TERKINI BAJU RAYA CIRGARO APPAREL.
Ambillah peluang ini untuk anda membeli belah dalam festival temasya yang paling meriah di Malaysia – Mood Republik Tour Penang !!!
Ikuti LIVE insta story perjalanan kami semasa di MOOD REPUBLIK TOUR PENANG 2017 di instagram kami.
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.