Baju Sedondon (Couple Set) yang simple tapi menarik
Update untuk lebaran tahun 2022. Kami akan melancarkan beberapa couple set yang pastinya akan menawan hati anda. Lebih banyak pilihan warna dengan rekaan yang paling trending khas untuk pengemar fesyen di tanahair.
Sebenarnya tidak pernah terlintas pada pemikiran kami , busana keluaran Cirgaro selalu menjadi pilihan ramai orang untuk dibuat busana pertunangan , perkhawinan , akikah dan “baju dulang boys” mereka.
Bila ramai customer kami tag kami apabila mereka memakai busana kami pada hari istimewa mereka membuatkan kami sangat terharu kerana busana kami menjadi pilihan.
[Update 2019] Antara Couple Set yang ditawarkan pada musim raya 2019.
Untuk keluaran terkini 2017 / 2018 yang lepas Cirgaro mengeluarkan busana yang “couple set ready” yang terkini iaitu Kurta Teluk Belanga berpasangan dengan Baju Kurung Iris. Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai busana ini anda boleh klik link yang ada dibawah.
<<Baca Kurta Teluk Belanga 2018>>
<<Baca Baju Kurung Moden Iris>>
Keluaran yang terkini ini adalah atas permintaan yang kuat dikalangan customer-customer kami. Kadang-kadang kami rasa bersalah jika ada keluaran busana kami tidak ada pasanganya hehe.
Berikut merupakan senarai produk kami yang “Couple Set Ready”
- Kurta Bangsawan berpasangan dengan Baju Kurung Daisy / Primadona Tunic
- Kurta King berpasangan dengan Baju Kurung Kebaya Moden Queen.
- Kurta Neo berpasangan dengan Baju Kurung Moden Nia.
- TERKINI Kurta Teluk Belanga berpasangan dengan Baju Kurung Moden Iris
- Akan datang Kemeja Denim Couple Set.
Gambar Couple Set pertama kami yang mendapat sambutan yang sangat mengalakan.
Apa tue “couple set ready “? maksudnya adalah mudah. Couple set ready merupakan busana yang dikeluarkan berpasangan contoh : Kurta Teluk Belanga dikeluarkan berpasangan sama warna dan mengunakan fabrik Hybrita Cotton sama dengan Baju Kurung Moden Iris.
Couple set kedua Gabungan Kurta Bangsawan dan Baju Kurung Daisy
Berkata mengenai fesyen sedondon dan couple set ini merupakan fesyen wajib terutamanya untuk pasangan yang ingin melansungkan pertunangan dan perkhawinan (sebagai salah satu set persalinan pakaian mereka). Signifikan busana dan pakaian sedondon / couple set adalah pasangan ini tampil nampak lebih “grand” dan “unified“.
Seringkali busana sedondon ini akan mengikut tema warna majlis mereka. Kalau dulu-dulu sememangnya agak sukar nak cari couple set nie especially untuk baju lelaki. Kini masalah tersebut dianggap selesai dengan koleksi sedondon dan couple set yang ditawarkan oleh pihak Cirgaro.
Untuk keluaran khas koleksi raya lepas . kami turut memperkenalkan couple set kurta king + kebaya queen dan seperti gambar diatas set kurta neo dan kurung moden nia.
Apa yang lebih menarik Koleksi terkini Couple Set yang ditawarkan ini , adalah ready stock yang boleh di perolehi di butik kami yang dibuka setiap hari di Tingkat 1, Plaza Shah Alam (anda boleh datang cuba dahulu , fitting ok baru beli)
Saiz yang ditawarkan oleh Kurta Teluk Belanga adalah bermula saiz S hingga 3XL manakala Baju Kurung Moden Iris bermula saiz XS hingga 2XL. Berkata mengenai saiz kami, ianya bukan sizing bukan tangkap muat. Kami sentiasa mendengar feedback customer-customer kami maka hasil RND pola sizing busana kami akan membuatkan busana kami apabila dipakai akan “terletak” (mcm tempah ikut badan) dan paling penting praktikal dan selesa.
[Update terkini untuk tahun 2019 - Baju Melayu Lelaki adalah S hingga XL , Kurta Lelaki S hingga 4XL , manakala Koleksi Baju Kurung Moden adalah S hingga L sahaja.
Gambar Couple Set atau Baju Sedondon kami yang terdahulu.
Pada mereka yang tinggal berjauhan dengan Butik Kami kami menyediakan kemudahan pembelian secara online di website kami dan juga melalui hotline whatsapp kami iaitu 017 605 5338. Sebarang pertanyaan mengenai busana kami turut boleh diajukan ke hotline whatsapp kami.
Kami turut membuat postage ke Singapura , Brunei , dan Australia (pendek kata keseluruh dunia).
Bagi anda yang membaca artikel ini. Diharapkan artikel ini membantu pencarian anda untuk baju sedondon / couple set untuk majlis anda kelak.
Update untuk lebaran tahun 2018. Kami telah melancarkan beberapa couple set yang pastinya akan menawan hati anda. Lebih banyak pilihan warna dengan rekaan yang paling trending khas untuk pengemar fesyen di tanahair.
Couple Set & Sedondon Baju Melayu Moden dan Baju Kurung Moden Allysa Luxe Peplum.
Couple Set & Sedondon Kurta King Luxe dan Baju Kurung Moden Rossetta Luxe Peplum
Baju Sedondon (Couple Set) Kurta King Luxe dan Baju Kurung Queen Luxe.
Baju Sedondon & Couple Set Kurta Moden Uno V3 dan Mini Kurung Camellia Luxe.
Baju Sedondon & Couple Set Kurta Moden Uno V3 dan Baju Kurung Moden Adelia Lacey.
Baju Sedondon & Couple Set Kemeja Batik Cirgaro dan Batik Cirgaro Kebaya - Couple set batik pertama di Malaysia.
<<Click sini untuk melihat pilihan warna couple set>>
Update terkini untuk Ramadhan dan Syawal 2019 , Cirgaro bakal mengeluarkan beberapa couple set. Diantara couple set yang telah ada butik kami adalah Primadona Tunic.
Blouse Primadona Tunic ini merupakan keluaran kedua yang boleh di padankan dengan Kurta - kurta Cirgaro yang telah dilancarkan.
Anda boleh datang bersama pasangan masing-masing bagi mencari warna yang sedondon atau anda boleh beli Primadona Tunic ini secara berasingan yang hanya berharga RM79.
Primadona Tunic ini didatangkan dengan saiz S hingga 4XL. Ianya mengunakan fabrik baru Hybrita Cotton Japan yang sejuk dan sangat selesa dipakai. Tambahan lagi fabrik moden ini tidak akan luntur warna dan mudah digosok.
Berikut merupakan warna-warna baharu Primadona Tunic yang mudah dipadankan dengan pasangan anda :
Klik sini untuk pergi ke laman untuk membeli Primadona Tunic secara online atau anda boleh datang ke butik kami di Plaza Shah Alam yang dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 0176055338.
Berikut merupakan Couple Set yang tersedia untuk tahun 2019
Leave a comment
This site is protected by hCaptcha and the hCaptcha Privacy Policy and Terms of Service apply.